v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 25 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-28 20:23:45 CRI

He Rong Zong (Hashim)

25hb. Ogos, 2007

Tarian yang kami persembahkan itu telah menerima sambutan yang sungguh meriah, Tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kolej ke-8 malam semalam sungguh cantik dan menarik hati. Jadi, apa boleh kami lihat pada hari ini?

Pagi tadi beberapa pelajar pergi ke Mid Valley untuk membeli-belah. Mereka kelihatan sangat gembira dan berpuas hati dengan barang-barang dibelikan mereka apabila makan tengah hari bersama. Malaysia sentiasa dinamakan sebagai 'Syurga Membeli-belah', nampaknya memang benar nama ini.

Pada pukul 1:30 petang, kami bertolak ke Akademi Seni Warisan Kebangsaan(ASWARA) yang di bawah pimpinan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dan pada pukul 2 petang kami sudah tiba di situ.

ASWARA merupakan satu akademi yang terkenal dalam bidang budaya dan seni tradisional Melayu dan amat mementingkan bidang ini dalam pelajaran. Selain ambil kursus tentang teori, siswa-siswi di situ juga ambil lebih banyak lagi kursus pratikal seperti kursus muzik, tarian, filem, video dan teater. Siswa-siswi harus berlatih-latih setiap hari untuk mencapai kemahiran mereka dalam bidang masing-masing. Jadi, ASWARA tentulah telah menghasilkan ramai penyanyi, penari, pelakon dan sebagainya yang amat ternama di Malaysia lagipun di antarabangsa.

Selepas pegawai ASWARA memperkenalkan taklimat ringkas tentang ASWARA, mulalahnya bengkel kami dengan pelajar-pelajar ASWARA. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan ikut bengkel muzik, tarian dan teater. Oleh sebab berminat dalam tarian tradisonal Melayu, saya memilih untuk menyertai kumpulan tarian.

Tarian yang kami belajar hari ini ialah tarian Endang yang berasal daripada Sumatera dan bercorak Minangkabau. Tarian ini lebih sedap kalau ada ramai orang menari. Lebih kurang 25 orang mengambil bahagian dalam pelajaran tarian ini. Pensyarah-pensyarah ASWARA sungguh habat dalam mengajar supaya kami boleh faham dan ikut dengan secepat mungkin. Kaki dan pinggang kami semua sakit sekali dan rasanya memang sungguh penat, tetapi syukurlah kami boleh buat tarian ini secara lengkap, maksudnya kami boleh mementaskan persembahan malam ini.

Dalam majlis jamuan makam malam ini, kami mulalah pertunjukan kami. Walaupun kami masih ada banyak kesalahan dalam persembahan dan juga susahlah dapat mengikuti irama muzik yang sebegitu laju ini, kami juga dapat buat pensembahan kami dengan lengkap dan berjaya. Lagipun kami hanya belajar tarian ini selama lebih kurang 3 jam sahaja.

Tarian tradisional Melayu sungguh bermacam-macam jenis dan menarik hati benar. Kami boleh memahami budaya Melayu melalui menikmati tarian tradisional Melayu dan dengan belajar dan menari tarian itu, kami boleh menghayati budaya Melayu dengan lebih mendalam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |