v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 26 Ogos - Wang Di
2007-08-28 20:25:50 CRI

26 hb Ogos

Aku mahu menjadi wanita di Negeri Sembilan!

Seronoknya golongan wanita yang duduk di Negeri Sembilan! Mengapa saya berkata demikian? Jika kita mengkaji undang-undang dalam masyarakat Melayu lama, Negeri Sembilan merupakan negeri yang mengamalkan adat perpatih iaitu ada yang mengutamakan keturunan nasab sebelah ibu sebagai penentuan keturunan. Ini telah dipelajari apabila saya berkuliah budaya Melayu di China. Hari ini, saya dapat mencecahkan masyarakat Melayu dengan lagi mendalam kerana dapat masuk ke kampung pelegong yang terletak di daerah Labu, Seremban Negeri Sembilan.

Di sana, seorang surirumah, namanya Fatimah, umurnya 47, memberitahu saya beliau berasa amat bangga dan bahagia sebagai wanita yang hidup di Negeri Sembilan kerana hanya di sinilah masih wujudlah adat perpatih yang mengutamakan golongan wanita dan menjaga mereka dengan lebih istimewa dari pelbagai segi. Contohnya, beliau menyebut bahawa setelah perkahwinan, suami wajib tinggal di tempat isteri dan hanya dianggap sebagai penumpang. Kebanyakan wanita di Negeri Sembilan tidak bekerja dan mereka hanya menjaga rumah sebagai surirumah. Manakala, lelaki-lelaki bekerja untuk mencari rezeki dan semua pendapatan seharusnya menyerah kepada isteri. Isteri berhak menyimpan semua harta dari pihak keluarga sendiri dan pilak suami. Setakat ini, satu lagi cara bagi isteri membuat pendapatan adalah melalui program rumah angkat terhadap pelancong-pelancong asing. Pengusahaan ini kian laku sehingga mereka boleh mendapat 300RM hingga 1000RM sebulan. Di samping itu, kelas seperti mengajar memasak, membuat kraftangan, menyusun bunga dan sebagainya yang khas untuk golongan wanita diadakan setiap minggu di dewan kampung sendiri supaya mutu kehiduapan harian mereka dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dan dalam hal penceraian, isteri berhak mendapat segala harta dari pihak si suami. Kalau ibubapa meninggal dunia, hanya si anak perempuan boleh mewaris semua harta pusaka.

Memang, golongan wanita sini hidup dalam suasana ceria. Saya amat menyebelah adat perpatih tradisional ini yang saya cadangkan seharusnya diamalkan turun-temurun kerana wanitalah memang golongan yang perlu dimanja dan dijaga dengan baik-baik. Saya haraplah suatu hari nanti saya boleh menjadi anak Negeri Sembilan di mana boleh menikmati segala perasaan yang diutamakan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |