v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 26 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-28 20:27:06 CRI

He Rongzong (Hashim)

26 hb Ogos, 2007

Hari ini merupakan hari pertama kami boleh melawat ke luar Kuala Lumpur ataupun negeri Selangor. Maksudnya mungkin kami akan membuang banyak masa di dalam bus, tetapi kami juga boleh rehat dalam perjalanan kami kerana kami semua sudah sangat penat selepas 3 hari membuat perlawatan secara berterusan.

Pada awal pagi selepas makan sarapan, kami mula bertolak mengarah ke selatan. Destinasi pertama kami hari ini ialah negeri Sembilan. Negeri sembilan merupakan salah salah satu negeri antara 13 negeri Malaysia yang indah dan istimewa. Yang indah ialah pandangan dan alam sekitarnya dengan pokok-pokok atau rimba yang mahahijau. Ibu Kotanya bandar Seremban juga merupakan salah satu bandar yang berkembang laju. Yang istimewa ialah negeri ini mengamalkan sistem berpatih dan juga merupakan tempat lahir Za'Ba.

Pada lebih kurang pukul 1 petang kami telah tiba di Teratak Za'Ba. Walaupun matahari sedang bercahaya dengan kuat dan kulit kami banyak dimakan, tetapi kusebungkus air minuman ais bernama 'Janda Pulang' telah menghilangkan semua kepanasan kami. 'Janda Pulang' ialah sejenis minuman yang dicampur dengan air kelapa, gula dan sebagainya, warnanya juga bermacam-macam, ada yang merah dan juga ada yang putih, tetapi semuanya rasa segar dan sedap sekali. Walaupun Teratak Za'Ba hanya merupakan sebuah rumah yang sederhana, tetapi nilai dan harganya amat tinggi. Za'Ba merupakan seorang tokoh dalam bidang linguistik dan sastera bahasa Melayu telah menerima banyak penghormatan di seluruh Malaysia lagipun antarabangsa. Buku-buku ditulis beliau seperti Tatabahasa Melayu dan sebagainya juga sangat berwibawa. Karya beliau tentang bidang linguistik dan sastera bahasa Melayu mungkin tidak dapat dikira. Oleh sebab jasa yang besar beliau terhadap perkembangan bahasa Melayu, banyak perpustakaan telah dibina dan diberinama yang terlibat nama 'Za'Ba' sebagai sejenis peringatan kepada tokoh ini. Dalam Univrsiti Malaya juga ada sebuah perpustakaan Za'Ba, ia akan membantu banyka kepada kami yang sedang belajar ataupun mengaji bahasa Melayu sekarang. Di bilik yang Za'Ba pernah diam itu, kami semua cuba duduk di kerusi yang pernah beliau duduk atau guna bilik bacaan yang pernah digunakan oleh beliau dan harap boleh mewarisi sedikit banyak kebakatan dan kebijaksanaan beliau dalam bidang bahasa Melayu. Walaupun kami masih hendak tahu banyak tentang Za'Ba tetapi kami terpaksa meninggalkan tempat ini selepas tempoh masa lebih kurang setengah jam kerana ada hadnya dalam masa ikut jadual kami hari ini.

Selapsa makan hari di dalam satu hotel yang mewah, kami bertolak ke kampung 'home stay' iaitu kampung Pelegong. Kampung ini mempunya lebih kurang 300 penduduk dan namkapnya kehidupan mereka sangat sederhana. Kebanykan penduduk kampung ini mempunyai kereta swasta. Di tepi jalan tertumbuhlah banyak pokok rambutan yang sedang berbuah. Persembahan kompang dan silat telah dijalankan sebagai sambutan yang meriah lagi penting. Tujuan kami datang ke kampung ini ialah menghayati budaya tradisional Melayu terutamanya cara hidup orang Sembilan. Ada beberapa persembahan tentang alat muzik dan tarian, memanglah menghairankan bahawa terdapat seorang penari perempuan yang hanya berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun dapatlah menari dengan sungguh cantik dan baik. Tetapi saya rasa acara yang paling menarik hati hari ini ialah majis perkahwinan itu. Banyak terima kasih kepada pasangan itu sudi menjadi pengantin supaya kami boleh saksikan sendiri bagaimanakah cara perkahwinan orang Melayu.

Kemudian kami terus bertolak ke Melaka dan menginap di dalam Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka(IPPM) untuk membuat persediaan lawatan keesokan harinya di bandar Melaka. Lawatan kami hari ini memanglah merupakan satu lawatan yang penuh dengan budaya Melayu, namum, esok kami akan melawat bandar Melaka yang bersejarah dan juga penuh dengan budaya Melayu. Namkanya lawatan macam lawatan budaya kami masih belum habis lagi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |