v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 27 Ogos - Wang Di
2007-08-28 20:35:15 CRI

27 hb Ogos, 2007

Satu Malam dengan Ikan Bakar dan Pakar Ikan di Melaka

Setiap kali menyebut Melaka, apa yang terlintas di fikiran saya ialah kegemilangan sejarahnya dahulukala di samping bandarnya yang pesat membangun. Namun, hasil terbesar hari ini bukan hanya menyaksikan sejarah dan bandar kemasyhurannya, tapi juga kali pertama melihat pemandangan Selat Melaka yang indah permai sejak kami duduk sini selama 2 bulan, lagipun merasa ikan bakar dan makanan laut.

Makanan malam hari ini bukan sajian Melayu yang lazimnya dihidangkan, malah ikan bakar dan aneka makanan laut yang segar. Nama restoran ialah Anjung Muara yang tertelak di muara Sungai Duyong, Melaka. Di sini, pengunjung boleh memilih pelbagai jenis ikan seperti ikan seke, siakap, kerapu, bawal, senangin dan pelbagai lagi untuk dimasak mengikut selera sendiri. Selain itu, aneka hidupan laut termasuk udang, sotong, ketam dan lala turut disediakan. Suasana amat ceria apabila kawan-kawan dapat berkumpul semeja, menikmati persembahan dondang sayang sambil merasai makanan laut yang sungguh lazat! Setelah makan, saya tidak sabar lagi masuk ke dapur restoran itu untuk mencungkil resipi-resipi unik yang berada di tangan chef sini. Pak Usman, 50 umurnya, beliau berpengalaman sepanjang 20 tahun dalam menangkap ikan sebelum beliau bekerja di sini 15 tahun lamanya. Sebagai seorang pakar ikan, beliau berbangga memberitahu saya pelbagai cara masakannya yang disukai seperti goreng tepung, kukus, masam manis yang menghasilkan rasa lauk yang segar. Paling popular di Anjung Muara ialah ikan bakar yang terkurung dalam daun pisang. Biarpun hampir 40 tahun telah bergual dengan ikan, beliau berkata tidak pernah berasa bosan bagi usahanya, malah amat menjunjung kawan ikan kerana dimanfaat banyak daripada ikan. Selaras dengan bilangan pengunjung datang ke restoran ini kian ramai, beliau berkata baru berjaya mencipta beberapa buah resipi yang masih rahsia untuk mengisikan menu supaya dapat melayan tetamunya dengan lebih baik dan unik.

Sebenarnya bagi kami pengunjung yang datang ke sini dari jauh, bukan sekadar keseronokan menikmati makanan dirasai malahan menyaksikan keriuhan suasana sekeliling serta bau haruman yang terbit daripada ikan bakar yang sedang dibakar. Semuanya memuaskan perkunjungan ini.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |