v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Negara Asia Berikan Sokongan Padu kepada Penganjuran Sukan Olimpik Beijing
2007-08-29 15:33:49 Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita Xinhua China, Persidangan Peringkat Menteri Sukan Negara-Negara Asia pertama anjuran Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) telah diadakan di Osaka Jepun pada 27 Ogos lalu. Para peserta menyatakan akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang sukan dan bersama-sama menyokong penganjuran Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 supaya mencapai kejayaan.

Speaker Dewan Perwakilan Jepun yang juga Pengerusi Persatuan Olahraga Jepun, Kono Yohei ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan tersebut menyatakan bahawa Asia telah menjadi kekuatan utama dalam perkembangan usaha sukan antarabangsa. Maka, pelbagai negara Asia harus mengambil peluang daripada penganjuran Sukan Olimpik Beijing untuk saling membantu, melengkapi dan menggalakkan di samping mengadakan kerjasama dan pertukaran yang lebih meluas dalam bidang sukan, dan bersama-sama menyokong penganjuran temasya sukan itu.

Beliau berkata bahawa Persatuan Ahli Penyokong Sukan Olimpik Beijing Diet Jepun telah ditubuhkan pada Mac tahun ini dan diketuai oleh beliau sendiri. Persatuan itu telah menjadi pertubuhan pelbagai parti yang terbesar dalam Diet Jepun. Kini, jumlah ahlinya telah melebihi 300 orang. Hal ini telah mencerminkan sepenuhnya harapan ahli Diet Jepun terhadap kejayaan Sukan Olimpik Beijing.

Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China yang juga Anggota Eksekutif Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Yu Zaiqing telah merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terhadap Jepun atas usahanya yang menganjurkan persidangan kali ini. Beliau telah memberi taklimat kepada para peserta persidangan itu tentang kemajuan terkini kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing, dan telah menyatakan ucapan terima kasih kepada negara-negara jiran China di Asia atas perhatian dan sokongan mereka terhadap penganjuran temasya sukan itu.

Yu Zaiqing berkata bahawa Jepun, Republik Korea serta negara-negara Asia yang lain telah memperoleh banyak pengalaman dalam bidang penganjuran pertandingan antarabangsa. Pihak China berharap agar dapat mempelajari dan menimba pengalaman mereka tersebut. Beliau menyeru kerajaan pelbagai negara Asia supaya meningkatkan kerjasama dalam bidang antidadah, dan berusaha bersama-sama untuk menjayakan satu Sukan Olimpik tanpa skandal dadah.

Persidangan kali ini telah mengeluarkan kenyataan bersama yang bertajuk "Demi Kejayaan Sukan Olimpik Beijing".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |