v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 27 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-29 17:46:59 CRI

Kalau anda melancong ke Malaysia tanpa melawat ke Melaka, maksudnya anda tidak pernah melawat Malaysia. Kata-kata ini memang betul kerana Melaka merupakan sebuah negeri yang bersejarah dan mempunyai budaya yang pelbagai. Melalui sejarahnya, anda boleh menghayati kebudayaan Malaysia dengan jelas dan sempurna. Melaka ibarat sekeping cermin dan anda boleh mengetahui perkembangan sejarah Malaysia dari zaman dulu hingga sekarang.

Dari Zaman Parameswara iaitu sultan yang pertama bagi Kesultanan Melaka, ia telah dianggap sebagai tempat yang subur lagi cantik. Selat Melaka yang sibuk laluannya juga mempunyai kedudukan yang amat penting. Umum mengetahui bahawa Selat Melaka merupakan selat yang tersibuk di dunia, ini boleh menggambarkan kepentingan kedudukannya. Kononnya, nama 'Melaka' berasal daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Melaka. Hari ini kami amat bertuah boleh melawat kota Melaka yang cantik dan bersejarah ini.

Selepas sarapan di Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM), kami bertolak ke Sungai Melaka untuk menyusuri sungai ini. Kelihatan banyak rumah yang sudah lama dibina masih berada di tebing sungai dengan sempurna. Pemandangan di tepi sungai itu juga sangat cantik. Tetapi saya terkejut kerana terlihat seekor biawak sedang berenang di dalam air sungai Melaka dan badannya sungguh panjang. Walau bagaimanapun, yang lebih menakutkan saya adalah pemandu pelancongan itu cakap bahawa di dalam air sungai ini pernah ada buaya pada masa dulu.

Selepas mendarat, kami terus pergi ke A'Famosa. A'Famosa merupakan salah satu tempat menarik yang terkenal di Melaka lagi di seluruh negara. Tempat ini merupakan peninggalan zaman penjajahan Eropah terutamanya orang Purtugis.

Seterusnya kami melawat tempat yang lain tapi masih amat ternama juga iaitu Dataran Belanda. Bangunan-bangunan di situ dibina oleh orang Belanda apabila waktu penjajahan mereka. Semua bangunan di situ berwarna merah, jadi, tempat ini juga disebut sebagai Bangunan Merah. Di tempat yang hampir sama terletak muzium sejarah. Melalui menikmati barang-barang artifak dalam muzium itu, banyak boleh kami jupai dan fahami sejarah seperti cara hidup orang Melayu, sejarah penjajahan oleh orang Eropah, cerita dan taklimat yang lingkas tentang lima pahlawan mereka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu dan sebagianya. Ini memang memperluas ilmu pengetahuan dan juga pandangan kami. Di kedai yang dibuka di tepi sungai itu kami juga menikmati sejenis minuman yang paling terkemuka di suluruh negara iaitu minuman cendol. Kami merasai minuman yang sedap ini di bawah pokok Melaka sambil menikamati pandangan yang indah di sekitar bangunan merah, rasanya sungguh seronok!

Walaupun orang Portugis merupakan orang pertaman yang mula menjajah tanah Melayu pada tahun 1511, tetapi orang China telah mula interaksinya dengan Malaysia sejak tahun 1405. Pada dinasti Ming, Laksamana Zheng He telah mengetuai pasukan kapal yang terdiri daripada ratusan buah kapal dan ribuan askar beliau melintasi Lautan Atlantik selama 7 kali. Pada masa itu, orang China mula berinteraksi dengan orang Melayu. Puteri Hang Li Po yang diperisteri oleh sultan Mansur Shah itu juga diiringi ramai penjaga dan dayang. Selain itu, banyak penduduk China terutamanya penduduk asal daripada bahagian tenggara atau selatan China mula mencuba nasib di Malaysia. Orang China tersebut mula berkahwin dengan orang Melayu tempat dan anak mereka dinamakan sebagai Baba dan Nyonya. Budaya Baba dan Nyonya sangat unik dan merupakan satu kaum yang istimewa di Malaysia. Biasanya mereka boleh cakap bahasa Melayu dan dialek mereka apabila di China, tetapi perapot mereka bercorak China dan banyak adat-resam tradisional mereka ikut budaya china juga seperti adat-istiadat perkahwinan mereka. Pagi tadi yang menemani kami melawat sungai Melaka itu ialah Baba dan Noynya. Tetapi kononnya sekarang budaya Baba dan Nyonya sedang berada dalam situasi yang amat bahaya dan tiada ramai keturunan mereka sebagai anak Baba dan Nyonya. Jadi, saya harap kerajaan Melaka dan juga Malaysia boleh mengaambil tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan budaya Baba dan Nyonya yang unik dan tersendiri ini.

Biasanya orang Melaka sangat pandai berdondang sayang atau berbalas pantun, esok kami akan meninggalkan Melaka dan bertolak ke negeri Johor. Jadi, pada waktu perpisahan ini, saya hendak buat satu pantun juga untuk cakap jumpa lagi dengan Melaka yang sunguh indah dan bersejarah ini.

Yang hijau daun
Yang putih tangan
Di mata jauh
Di hati jangan

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |