28 hb Ogos, 2007
Jumpa Raja Sehari di Negeri Johor
Janganlah salah ingat saya jumpa raja pada suatu hari, sesungguhnya "raja sehari" yang digunakan sebagai satu ungkapan yang merujukkan kepada pengantin. Memang tidak dapat dinafikan perkara perkahwinan merupakan salah satu peristiwa yang sungguh mustahak dalam mana-mana masyarakat, bahkan orang Melayu menyebut pengantin kepada "raja sehari" yang layak mengalami sepanjang hari dengan penuh mewah dan gilang-gemilang.
Dalam bahasa China, ada satu pepatah "Bai Wen Bu Ru Yi Jian", maksudnya beribu-ribu kali mendengar orang lain cakap tidak dapat dibandingkan dengan menyaksikan sekali sahaja dengan diri sendiri. Oleh itu, perkawhinan yang diraikan oleh kampung di Negeri Johor ini amat dinanti-nantikan oleh kami kerana dulu di Beijing telah banyak kali belajar mengenai majlis perkahwinan yang amat rumit yakni mempunyai banyak upacara. Ramai saudara-mara, jiran serta kawan-kawan keluarga pengantin dijemput datang pada awal pagi ke rumah pengantin perempuan dan bergotong royong untuk jamuan yang akan dihidangkan pada tengah hari. Dalam suasana yang sungguh sederhana, majlis perkahwinan ini terus bermula dengan upcara istiadat persandingan yang berlangsung penuh meriah. Pada istiadat persandingan, pengantin lelaki segak berpakaian baju melayu lengkap bersamping dan tanjak di sisi isterinya yang berpakaian kebaya tradisional dengan set perhiasan dirinya. Baik dari sudut pakaian mahupun dari segi hiasan sekeliling, semua menggunakan wara diraja iaitu warna kuning yang amat menyerikan majlis ini. Selepas itu, kedua-dua pengantin itu disambut dengan menabur air wangi iaitu air mawar, bunga rampai serta beras kunyit oleh semua tetamu. Langkah ini diberikan maksud bahawa pengantin didapatkan restu dan kehormanian dalam masa hadapan. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian dan tarian tempatan yang disampaikan oleh orang tempatan bersama pelajar kami.
Setelah menyaksikan majlis perkawhinan pada hari ini, saya baru menyerdai masyarakat Melayu kian terbuka semasa-masa. Majlis perkawhinan orang Melayu telah diringakaskan. Adat merisik, meninjau, merasi serta melamar semua sudah ketinggalan zaman dan hanya dilakukan di kawasan amat tertutup.
|