v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 28 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-30 17:21:03 CRI

He Rongzong (Hashim)

28 hb Ogos, 2007

Selepas meninggalkan Melaka, kami terus bertolak mengarah ke selatan. Distinasi kami hari ini ialah negeri Johor. Negeri Johor merupakan satu negeri yang terletaknya di paling selatan di Semenanjung Malaysia dan dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Tebrau.

Pagi ini jadual kami ditangguh sikit kerana hujan lebat. Walaupun kami telah mengalami cuaca hujan. Angin bertiup dengan kencang juga. Oleh itu, kami terpaksa tinggal di dalam bilik dan tunggu hujan itu hingga berhenti. Tetapi malangnya pakaian yang saya keringkan di sarambi itu basah dengan seluruhnya semula kerana kena hujan.

Pada lebih kurang pukul 10 setengah kami telah tiba ke negeri Johor dan tempat penginapan kami ialah Kolej Matrikulasi Johor(KMJ). Kolej ini sangat besar dan cantik alam sekitarnya. Apabila berjalan kaki ke pusat sumber sekolah, saya terlihat sebuah gunung yang tinggi iaitu gunung Ledang. Legenda Puteri Gunung Ledang itu memang sangat cantik dan susahlah kalau dendak lupa. Jadi hari ini saya amat bertuah boleh saksikan dengan diri sendiri gunung yang terkenal ini.

Selepas melawat kampus KMJ, kami bertolak ke kampung Parit Sagil 1 untuk saksikan cara hidup tradisional dan juga boleh ikut serta bersama dengan penduduk sana. Persembahan kompang dan adat perkahwinan Melayu telah dibuat sebagai sambutan yang meriah bagi kami. Selepas makan tengah hari bersama, bengkel antara kami dan penduduk kampung ini pun dimulakan. Demonstrasi pertama ialah bermain gasing. Gasing merupakan sejenis alat permainan yang lama tetapi sangat popular dalam masyarakat Melayu. Ada beberapa kawan saya telah cuba bermain tetapi semua kalah untuk mepusingkan gasing itu. Cara bermainnya sangat susah.

Ada juga banyak pertunjukan yang menarik telah dipentaskan seperti tarian Zapin, tarian Kuda Kepang, nyanyian dan juga persembahan alat muzik tradisional. Tetapi saya rasa hal yang palin seronok adalah pergi ke kebun getah dan kelapa sawit dengan tumpang motosikar. Walaupun telah kerap kali saya menumpang motosikar di kampung halaman saya, tetapi hari ini saya boleh tumpang motor sambil menikmati pandangan alam sekitar yang indah dan semula jadi dalam kampung ini.

Sebaik sahaja kami tiba di kebun getah, pakar menorah getah dalam kampung ini telah tunjuk dan ajar cara untuk menorah getah dengan terperinci kami dan selepas ini hamper semua boleh menorah getah secara langsung dan berjaya. Demonstrasi ketiga adalah memotong buah kelapa sawit. Walaupun nampaknya cara memotong kelapa sawit sangat mudah tetapi tiada banyak orang boleh buat dengan berjaya kerana ia memerlukan kekuatan dan teknik yang tertentu. Demonstrasi seterusnya dilakukan di dalam kampung sahaja iaitu membuat ketupat dan mengacau dodol. Ketupat dan dodol merupakan makanan tradisional yang biasa tapi sangat popular di sini.

Pada lebih kurang pukul 5 petang kami terpaksa dipisahkan dengan penduduk yang meriah dan baik hati itu. Memanglah tidak sampai hati nak pisah, tetapi saya percaya pada suatu hari nanti kami tentu boleh jumpa lagi kerana saya memang suka tempat ini. Pengalaman hari ini terutamanya demonstrasi tersebut memanglah sangat istimewa dan saya tidak akan lupa.

Besok kami akan balik ke KL. Dalam perjalanan kami beberapa hari ini terutamanya dari negeri Sembilan hingga ke negeri Johor, kami telah menyaksikan banyak tentang budaya Melayu dan lawatan ini tentulah akan menjadi pengalaman yang istimewa dan kenangan yang manis bagi setiap orang kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |