v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 29 Ogos - Wang Di
2007-08-30 17:23:03 CRI

29 Ogos, 2007

Bermainlah!

Anak pungguk di atas kayu,
Pandai menari tidak serik;
Unik Sungguh budaya Melayu,
Kian dipelajari kian tertarik.

Setiap negara mempunyai budayanya yang amat berbeza dan unik. Permainan sebagai satu bahagian dalam budaya juga sungguh menarik. Petang ini, rombongan kami melawat Dewan Bahasa dan Pustaka bersama dengan pegawai sana sambil belajar permaian tradisional Melayu. Ada dua jenis permain yang saya sangat minat iaiut gasing dan congkak.

Gasing, alat permain yang sedia ada di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka iaitu hampir lebih kurung 600 tahun yang lalu. Perkataan "gasing" berasal daripada suku kata "ka" dan "sing". Suku kata "ka" diambil daripada "kayu", sementara "sing" diambil perkataan "pusing". Apabila dicantumkan wujudlah perkataan "kasing", dan dalam perkembangannya, kasing disebut "gasing" hingga kini.

Gasing bukan sahaja dimain oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Gasing yang biasa dimainkan dalam pertandingan ialah gasing Uri. Gasing uri berbentuk leper dan keliling tepinya disalut dengan timah. Gasing yang boleh berpusing paling lamanya hingga satu jam 40 minit. Di Kelantan dan Terengganu, orang dewasa bermain gasing uri yang besar pada musim perayaan.

Selain itu, congkak juga salah satu jenis permainan tradisional Melayu yang dimainkan dalam rumah dan menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji getah, kulit lokan dan lain-lain.

Permainan congkak mungkin dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kini, permainan ini telah menjadi popular dalam kalangan semua kaum di Malaysia. Permainan congkak juga terdapat di beberapa bahagian di Afrika, India, SriLanka, Thailand, Filipina, Indonesia dan beberapa kepulauan yang besar di gugusan Pasifik. Ada pendapat mengatakan bahawa orang Melayu yang menrantau ke negara-negara tersebut yang memperkenalkan permainan congkak di sana.

Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang direka bentuk mirip kepada bentuk sebuah perahu nelayan atau ikan belah dua yang hujungnya mempunyai ukiran kepala burung, singa, angsa atau ular besar. Setiap permainan congkak memerlukan dau orang pemain yang duduk berhadap-hadapan pada papan congkak.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |