Parti Komunis China yang ditubuhkan pada Julai tahun 1921 merupakan barisan pelopor kelas buruh China dan juga merupakan barisan pelopor rakyat dan bangsa China, teras pimpinan usaha sosialisme yang bercirikan China. Parti itu mewakili permintaan pembangunan tenaga produktif maju China, mewakili arah aliran perkembangan kebudayaan China dan mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China. Cita-cita luhur dan matlamat muktamadnya adalah untuk mewujudkan komunisme.
Garis asas yang dilaksanakan oleh Parti Komunis China pada masa awal sosialisme ialah: memimpin dan menyatupadukan rakyat pelbagai etnik seluruh negara, berdikari dan berusaha dengan keras untuk membangunkan China sebagai sebuah negara sosialis moden yang makmur dan kuat, demokratik dan beradab dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan berpegang teguh pada Empat Prinsip Asas dan dasar pembaharuan dan buka pintu.
Parti Komunis China menetapkan Marxisme, Leninisme, Fikiran Mao Zedong, Teori Deng Xiaoping dan teori penting "Tiga Perwakilan" sebagai panduan tindakan sendirinya.
|