v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lawatan Muhibah Delegasi BFSU Semai Benih Persahabatan di dalam Hati Generasi Muda China-Malaysia
2007-08-31 20:07:45 CRI

Atas undangan Menteri Pelajaran Malaysia, delegasi Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) telah mengadakan lawatan di Malaysia sebagai tetamu kerajaan Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia pada 22 Ogos lalu.

Delegasi BFSU tersebut terdiri daripada 48 orang pelajar jurusan bahasa Melayu dan empat orang pensyarah. Program yang disusun untuk mengisi atur cara sepanjang dua minggu delegasi BFSU berada di Malaysia ini berupa lawatan, persembahan kebudayaan dan kesenian, rumah angkat serta aktiviti-aktiviti yang lain.

Lawatan delegasi dari BFSU merupakan susulan daripada lawatan rasmi Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein ke China pada 19 hingga 23 Mei tahun ini.

Dalam majlis makan malam bersama-sama delegasi BFSU yang diadakan di Kuala Lumpur, Dato' Seri Hishammuddin melahirkan harapan agar lawatan BFSU kali ini dapat merupakan satu detik permulaan kepada persahabatan dan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak.

"Saya kagum kerana mereka tak pernah ke Malaysia, tetapi juga dapat menghayati bahasa, adat resam, budaya kita di Malaysia. Inilah sebabnya saya jemput semua berada bersama-sama dengan kita dalam majlis ini," kata Dato' Seri Hishammuddin.

Profesor Wu Zongyu daripada Pusat Pengajian Bahasa Melayu BFSU dalam ucapannya telah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana begitu mesra dan sabar melayani lawatan delegasi BFSU.

"Sejak kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia pada malam semalam, kami terus tenggelam dalam lautan persahabatan. Kami betul-betul sangat terharu," kata Profesor Wu Zongyu.

Profesor Wu Zongyu juga memperkenalkan sejarah jurusan bahasa Melayu BFSU dalam ucapannya.

"Jurusan bahasa Melayu BFSU didirikan pada tahun 1961. Pada masa itu, kerajaan China sudah menyedari bahawa Malaysia akan bangkit. Maka Kementerian Luar China telah mengarahkan kepada BFSU supaya membentuk jurusan bahasa Melayu walaupun pada masa itu Malaysia masih belum didirikan," katanya.

Delegasi mahasiswa China daripada BFSU telah mendapat layanan yang cukup baik dan mesra daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka telah dibawa melawat ke negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar kolej atau institusi pengjian tinggi dan melawat ke tempat-tempat bersejarah di ketiga-tiga negeri tersebut. Selain daripada itu, delegasi BFSU telah mengadakan lawatan selama satu hari setengah ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Pihak DBP telah menyediakan program yang menarik untuk para pelajar seperti mengajar bermain permainan rakyat dan alat muzik tradisional Melayu, mengadakan ujian taraf bahasa Melayu dan memberi ceramah tata bahasa kepada mereka.

Mahasiswi BFSU, Han Xiao yang sedang menuntut di Universiti Malaya berkata, beliau berasa sangat beruntung kerana mendapat peluang keemasan ini untuk menyaksikan pemandangan Malaysia dan menikmati kebudayaan tempatan dengan mata sendiri.

Pensyarah BFSU yang menjadi pensyarah tetamu di UM, Puan Shao Ying memberitahu wartawan CRI bahawa walaupun atur cara lawatan kali ini padat dan ada beberapa pelajar jatuh sakit, tetapi mereka masih amat bersemangat kerana peluang ini memang berharga bagi mereka yang belajar bahasa Melayu di China, terutamanya sempena sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia.

"Saya berharap, dengan peluang ini, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang Malaysia dan akan lebih memahami kebudayaan tempatan. Saya yakin, lawatan muhibah kali ini akan menyemai benih persahabatan di dalam hati mereka. Dan benih persahabatan ini saya yakin tentu akan tumbuh dan mekar pada suatu hari nanti," kata Shao Ying.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |