v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 30 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-09-02 17:25:51 CRI

He Rongzong (Hashim)

30 hb Ogos, 2007

Hari ini kami masih berada di DBP dan terus belajar bahasa dan budaya Melayu. Seperti biasa, kami bangun awal dan pada lebih kurang pukul 9.30 kami telah tiba di DBP.

Hari ini susah sikit kerana jadual kami dimulakan dengan sebuah ujian kertas. Tujuan ujian kali ini adalah untuk mengetahui taraf bahasa Melayu kami yang benar. Kebanyakan pelajar sangat gugup dan juga ada sedikit takut kerana tidak buat apa-apa kerja persediaan sebelum ini. Saya juga belum buat tetapi saya rasa sebagai pelajar China, kami sudah biasa dengan pelbagai peperiksaan, jadi, apa gunanya kalau masih gugup?

Saya membaca soalan-soalan di kertas ujian itu dengan cepat selepas ia diedarkan kepada kami. Nampaknya soalan-soalan itu tidak terlalu susah. Tanpa fikir banyak-banyak, saya mula ujian saya dengan segera. Selepas menyerahkan kertas itu, saya rasa soalan-soalan itu sebenar tidak terlalu sukar, seperti menuliskan bahagian-bahagian tubuh badan manusia, bahagian-bahagian struktur rumah dan sebagainya. Tetapi waktu yang dibelikan untuk menjawabnya terlalu singkat, hanya ada 1 jam sahaja. Ramai pelajar tidak dapat menjawab semua soalan apabila sampainya waktu menyerahkan. Syukurlah saya dapat menjawab dengan lengkap walaupun waktu itu cemas sikit.

Selepas makan tengah hari, kuliah kami dimulakan di dewan kuliah. Hari ini kami akan belajar tentang gelaran dan rujukan dalam bahasa Melayu. Kuliah ini disampaikan oleh Tuan Haji Muhammed Salehudin Aman. Beliau memanglah seorang pensyarah yang sangat baik dalam mengajar kuliah ini. Melalui belajar kesantunan bahasa ini, kami telah tahu dan mendapat banyak yang kami tidak faham dan kenal sebelum itu, seperti jenama kekeluargaan macam Long, Ngah, Njang dan sebagainya. Dengan mendegar ajaran beliau, kami juga tahu bagaimana menggunakan rujukan kehormatan gelaran bagi seseorang dengan sesuai dan sopan santun.

Petang ini penat sikit karana kami akan mementaskan persembahan. Persembahan petang ini sangat istimewa kerana hadirinnya termasuk ketua Pengarah DBP iaitu Yang Berbahagia Dato' Firdaus bin Haji Abdullah. Selain itu, orang yang handal persembahan petang ini ialah pelajar-pelajar BFSU, iaitu kami, termasuklah juruacara. Kami harus membuat persembahan dengan berterus-terusan selama 1 jam dan lebih. Hampir semua pelajar kelas tahun 1 dan tahun 2 telah naik ke pentas untuk membuat pertunjukan. Persembahan itu termasuk tarian tradisional Melayu seperti Zapin, Endang dan Dikir Puteri, tarian tradisional China seperti Pesta Api dan Bunga Melati, nyanyian lagu Melayu dan juga penyampaian sajak. Kami harus buat dengan sempurna untuk menghiburkan semua penonton. Walaupun penat dan juga ada beberapa kesalahan, akhirnya kami berjaya.

Besok akan datang hari yang paling pentingnya dalam jadual kami iaitu perayaan Hari Kebangsaan Ulang Tahun ke 50. Jadi, banyak kerja persediaan harus disiapkan. Ini juga merupakan kali pertama saya terlibat dalam keraian hari kebangsaan negara lain. Sekarang saya sudah dapat membayangkan suasana yang sungguh meriah besok terutamanya di Dataran Merdeka. Jadi, semoga berjaya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |