v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 30 Ogos - Wang Di
2007-09-02 17:31:08 CRI

30 hb Ogos, 2007

Bahasa Melayu Mampu ke Peringkat Antarabangsa!

Sudah 2 tahun berkawan dengan bahasa Melayu, dan hari ini amat bertuah dapat memijak kaki atas tempat yang paling suci dalam meden bahasa dan sastera Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apabila saya bercakap dengan pegawai-pegawai di sini, mereka sungguh kagum bahawa saya dapat menggunakan bahasa Melayu dengan fasih walaupun baru mempelajari 2 tahun di luar negara. Memang, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang senang belajar pada peringkat awal. Tetapi, kian dipelajari kian susah kerana makna kosa katanya amat tersirat dan indah. Oleh itu, saya amat yakin bahasa Melayu mempu diperkenalkan dan dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Jika kita mengkaji sejarah, pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan kerajaan di Nusantara, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan dan bahasa perdagangan dunia. Pada awal abad ke-7?bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Kerajaan Sriwijaya. Kemudian, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi 4 buah Negara, iaitu Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan pastinya Malaysia. Kini, bilangan penutur bahasa Melayu telah mencapai 250 juta orang dan menduduki tempat keempat di dunia selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Bahasa Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu. Buktinya, sudah sangat banyak universiti yang menggunakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Bahkan United Kingdom telah mengiktiraf ijazah dasar kedoktoran Malaysia yang dikendalikan dalam bahasa Melayu. Selain itu, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri yang dijalankan pada bulan Mac yang lalu telah membuktikan sekali lagi bahasa Melayu mampu ke arena antarabangsa.

Peluang untuk bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang gemilang dan terbilang telah terbuka luas selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh negara yang berbahasa penghantar bahasa Melayu dalam bidang politik dan ekonomi. Di Beijing umpamanya, janganlah terperanjat jika terdengar peniaga di kompleks membeli-belah berbahasa Melayu. Di samping itu, restoran Malaysia telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk China. Pada hari ini, orang China sudah pandai makan "ketupat" dicicah dengan "budu" sambil memakan guna tangan. Selain itu, program pertukaran pendidikan juga turut dipertingkatkan. Banyak Pusat Pengajian Bahasa Melayu telah ditubuhkan di peringkat antarabangsa seperti di China, Rusia, Jepun, Korea Selatan dan beberapa buah negara lagi dengan sokongan kuat kerajaan Malaysia. Saya sendiri adalah hasil daripada program pendidikan tersebut. Dengan usaha-usaha sebegini, tidak hairanlah sekiranya bahasa Melayu dapat diperkenalkan dan dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

Ruang untuk bahasa Melayu berkembang masih luas. Dengan cara menambahkan siaran yang bermutu dalam bahasa Melayu melalui media terutamanya internet, bahasa Melayu akan dapat disebarkan dengan cepat dan meluas. Yang paling penting adalah pemimpin-peminpin dan pihak berkenaan haruslah aktif dan bersungguh-sungguh memartabatkan bahasa Melayu dalam aktiviti yang bertaraf antarabangsa.

Akhir kata dengan sajak yang saya tulis.

Hanya kerana dialah, aku dapat datang ke negara ini;
Hanya kerana dialah, aku hidup bererti hingga hari ini.
Dialah, Bahasa Melayu, kecintaanku, impianku, usahaku berjuang kekal selagi hayat dikandung badan.
Aku ibarat seorang petani, menanam benih harapanku ke sana ke sini,
Moga bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa pasti menjadi!

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |