v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 31 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-09-02 17:46:42 CRI

He Rongzong (Hashim)

31 hb Ogos, 2007

Hari ini merupakan hari yang lama ditunggu iaitu Hari Merdeka Ulang Tahun ke-50 Malaysia. Ia merupakan satu hari yang paling penting dalam jadual kami pada beberapa hari ini.

Pagi ini kami bangun pada pukul 4.00 kerana hendak membuat kerja persediaan untuk Hari Merdeka. Apabila kami tiba di Dataran Merdeka, matahari masih belum naik dan kelihatan bulan masih mengambung dengan terang. Walaupun waktu masih sangat awal, ramai orang telah mula mencurah-curah ke sini. Selepas kami turun dari bas, yang pertama muncul di dalam mata kami ialah bendera Malaysia Jalur Gemilang yang dibayangkan pada bangunan Ibu Jabatan Bandar Raya Kuala Lumpur yang sungguh tinggi itu, jadi, nampaknya bendera itu sungguh besar dan megah.

Pegawai KPM telah lama sampai di sini juga. Beliau mengetuai delegasi kami untuk menaik ke pentas yang telah dipasangkan dengan kerusi. Kami duduk beratur dengan mengenai pakaian seragan yang warna kuning dan tunggulah waktu yang perayaan dimulakan itu sampai.

Matahari mula naik ke atas langit dengan beransur-ansur, langit juga menjadi terang dan jelas kelihatan. Waktu ini di jalan-jalan Dataran Merdeka telah sesak dengan orang. Orang besar juga mula tiba dengan berterus-terusan. Antaranya termasuklah Duli Yang Maha Mulia yang di-Pertuan Agung Malaysia, Perdana Menteri atau presiden atau wakil mereka negara-negara ASEAN dan negara yang lain, duta-duta luar negara di Malaysia dan pemimpin kanan yang lain.

Pada lebih kurang pukul 8.00 pagi, perayaan secara besar-besaran hari ini telah dimulakan dengan menyanyi lagu negara iaitu Negaraku. Setiap orang berdiri dan menyanyi dengan nyaring dan semangat. Acara-acara yang lain termasuk membaca Rukun Negara, menyanyi lagu-lagu patriotisme seperti Jalur Gemilang dan lagu-lagu rakyat. Nampaknya lagu yang paling popular hari ini ialah "Malaysiaku Gemiliang", ia telah diulang banyak kali."Merdeka! Merdeka! Merdeka!", suara ini merebak ke merata-rata tempat dengan kuat dan semangat.

Selepas pertunjukan nyanyian dan tarian, pasukan yang terdiri daripada askar, Pemandu Puteri, kakitangan kementerian atau jabatan, pelajar dan sebagainya mula berjalan dengan berbarisan menyusuri jalan utama. Kelihatan meraka berjalan dengan penuh semangat. Pasukan pancaragam yang mengenai pakaian yang cantik itu juga sangat menarik hati. Kereta berhias secara cantik-cantik juga dipandu secara perlahan-lahan. Yang mengikut pasukan-pasukan tersebut ialah pasukan tentera, antaranya termasuk pemeran senjata seperti bom, kereta bersenjata dan sebagainya. Juruterbang yang berana dan mahir itu juga memandu kapal terbang mereka terbang ke langit yang biru itu dengan pelbagai cara yang penuh dengan teknik. Waktu ini telah sampainya kemuncakan perayaan hari ini.

Pada pukul 10.30 perayaan hari ini telah selesai dan orang yang kumpul di Dataran Merdeka itu juga meninggalkan tempat ini dengan beransur-ansur. Hari Merdeka Ulang Tahun ke-50 hanya ada satu kali sahaja, kasihlah sangat kalau tidak dapat hadir perayaan kali ini. Semoga pada tahun hadapan saya juga ada peluang datang ke sini untuk meraikan hari Merdekanya ke-51.

Kali ini ialah kali pertama saya mengambil bahagia dalam perayaan Hari Kebangsa di luar negara. Saya memanglah tertarik hati oleh suasana yang sungguh meriah dan semangat patriotisme di sini. Walaupun sekarang kami sedang belajar di seberang laut, tetapi semangat cintai tanah air kita harus terus dikekalkan dan dihayati.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |