v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 31 Ogos - Wang Di
2007-09-02 17:43:46 CRI

31 hb Ogos, 2007

Bangsa Malaysia!

31 hb Ogos, 2007 -- hari jadi ke-50 negara Malaysia! Biarpun pada awal pagi, ramai rakyat Malaysia telah membanjiri ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan saat yang penuh berbanggaan sambil menikmati suasana ceria dan gemilang ini. Bendera negara Malaysia berkibar di merata-rata tempat. Lagu "Malaysiaku, gemilang!" juga dapat terdengar dengan ulang kali.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah hidup di tanah ini dengan damai dan makmur selama 50 tahun. Kemajuan negara Malaysia yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Keadaan ini bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme.

Kini, konsep bangsa Malaysia ditonjolkan secara besar-besaran, bukan semata-mata merujukkan kepada salah satu bangsa utama iaitu bangsa Melayu, bangsa Cina ataupun bangsa India. Menurut Melangkah Ke Hadapan yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991, hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa adalah "membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintergrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepunuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut." Lantaran itu, tidak dapat dinafikan pembinaan negara bangsa kian penting bagi negara Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Mogo konsep bangsa Malaysia dapat disuntikkan ke dalam darah setiap warganegara Malaysia dan Harap negara Malaysia dapat berkembang kian maju dalam suasana yang harmoni.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |