v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Rancangan Tindakan Sukan Olimpik Berteknologi Tinggi" Berjalan dengan Lancar
2007-09-04 10:55:31 Harian Renmin Ribao

Konsep "Sukan Olimpik berteknologi tinggi" merupakan salah satu daripada tiga konsep Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Untuk merealisasikan konsep tersebut, pihak Kementerian Sains dan Teknologi China, kerajaan bandar Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah memulakan "Rancangan Tindakan Sukan Olimpik Berteknologi Tinggi Tahun 2008" setelah Beijing berjaya menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Olimpik pada tahun 2001. Dalam tempoh 6 tahun yang lalu, pelaksanaan "Rancangan Tindakan" itu telah mencapai kemajuan besar dalam mendorong pembangunan Sukan Olimpik yang berteknologi tinggi, dan juga telah menyediakan sokongan dan perkhidmatan menyeluruh kepada pembangunan Sukan Olimpik.

Matlamat keseluruhan "Rancangan Tindakan" tersebut adalah untuk mengintegrasikan secara berkesan sumber teknologi yang dapat memenuhi keperluan pembangunan Sukan Olimpik bagi menyediakan sokongan dan jaminan teknologi yang maju, boleh dipercayai dan sesuai digunakan kepada Sukan Olimpik Beijing, dan menjadikan Sukan Olimpik sebagai satu platform bagi mempopularkan pengetahuan sains, meningkatkan taraf sains orang awam, mendorong perkembangan sains dan teknologi dan memberikan keuntungan kepada masyarakat melalui penggabungan sains dan teknologi dengan semangat Sukan Olimpik agar mencapai sasaran "teknologi membantu Sukan Olimpik dan Sukan Olimpik mendorong pembangunan".

Melalui usaha sama pelbagai pihak dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, kini, pelaksanaan konsep "Sukan Olimpik berteknologi tinggi" telah mencapai kemajuan yang besar dalam beberapa bidang.

Pertama, penerokaan dan penggunaan teknologi kenderaan bersih seperti kenderaan elektrik telah mencapai kemajuan ketara yang telah menyediakan sokongan teknologi kepada kewujudan matlamat tanpa pencemaran di sekitar gelanggang Sukan Olimpik.

Kedua, pennggunaan sumber tenaga baru dan teknologi penjimatan tenaga yang berkecekapan tinggi telah mencapai hasil yang menggalakkan yang telah menyediakan asas teknikal yang kukuh kepada kewujudan matlamat penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan pencemaran semasa temasya Sukan Olimpik diadakan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |