Lambang Parti Komunis China yang berwarna merah mempunyai jata tukul besi dan sabit berwarna kuning yang bersilang.
Warna merah melambangkan revolusi. Tukul besi dan sabit merupakan alat kerja bagi kaum buruh dan tani, dan melambangkan bahawa Parti Komunis China merupakan barisan pelopor kelas buruh China dan mewakili kepentingan asas kelas buruh dan majoriti rakyat China.
Bendera Parti Komunis China yang berwarna merah merupakan lambang Parti Komunis China yang berwarna kuning keemas-emasan.
Lambang dan bendera Parti Komunis China merupakan simbol dan tanda Parti Komunis China. Pertubuhan pelbagai peringkat Parti Komunis China dan setiap anggota Parti Komunis China hendaklah memelihara maruah lambang dan bendera Parti Komunis China, di samping membuat dan menggunakan lambang dan bendera tersebut mengikut peraturan berkenaan.
|