Kongres Kebangsaan Parti Komunis China
Tatacara Parti Komunis China menetapkan bahawa Kongres Kebangsaan Parti Komunis China dan Jawatankuasa Pusat yang dibentuknya merupakan badan pimpinan tertinggi Parti Komunis China. Isu-isu utama dalam parti akan diputuskan oleh Kongres Kebangsaan tersebut.
Kuasa dan tugas Kongres Kebangsaan Parti Komunis China termasuk mendengar dan membahas laporan Jawatankuasa Pusat dan laporan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China, membincangkan dan memutuskan isu-isu utama dalam parti, meminda tatacara parti, memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat.
Kongres Kebangsaan Parti Komunis China diadakan 5 tahun sekali.
Pada Julai tahun 1921, Kongres Kebangsaan pertama Parti Komunis China telah diadakan di Shanghai bagi mengumumkan penubuhan Parti Komunis China.
|