Terdapat pertubuhan tempatan Parti Komunis China di pelbagai provinsi, bandar dan kaunti di seluruh negara China. Pertubuhan tersebut diletakkan di bawah pimpinan kongres pelbagai peringkat tempatan dan jawatankuasa pelbagai peringkat Parti Komunis China. Semua wakil kongres tempatan pelbagai peringkat dipilih daripada ahli parti tempatan.
Kongres Pelbagai Peringkat Tempatan diadakan 5 tahun sekali. Tugas kongres pelbagai peringkat tempatan Parti Komunis China adalah untuk mendengar dan membahas laporan jawatankuasa peringkat yang sama serta laporan suruhanjaya pemeriksaan disiplin peringkat yang sama, membincangkan isu-isu utama tempatan dan membuat keputusan, dan memilih ahli-ahli jawatankuasa serta suruhanjaya pemeriksaan disiplin peringkat yang sama.
|