1 hb September, 2007
Rumah Angkat
Pada petang ini, kami datang ke Kampung Puah Lembah yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Kuala Lumpur.
Kedatangan kami dialu-alukan dengan pertunjukan silat serta paluan kompang oleh anak-anak muda kampung ini. Setiap anak kampung ini amat mesra dan akrab dengan senyuman manis. Saya lagi bertuah terpilih menjadi anak angkat penghulu kampung ini, Pak cik Kamaruddin, selama 3 hari. Kehidupan desa jauh berbeza dan lebih sihat kalau dibandingkan dengan kehidupan bandar. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini, hati saya disegarkan dengan pohon-pohon yang menghijau terbentang saujana mata memandang. Rumah papan dibina cantik-cantik. Sungai jernih mengalir lesu dan udara sekeliling pula terasa bersih dan nyaman sekali.
Orang Melayu suka berkaki ayam di dalam rumah supaya mencecah bumi sepenuhnya. Mereka juga biasa memakan guna tangan. Datang sini barulah dapat mengenal cara hidup benar orang Melayu. Selain itu, saya juga amat menikmati kebahagiaan sayang-menyayangi dalam satu keluarga besar sejak saya seorang anak tunggal yang selalu keseorangan. Ibubapa, 3 orang anak, seorang cucu bersama kami 6 anak angkat hidup di dalam rumah ini, suasana lagi meriah. Tetapi, juga wujudlah ketidakbiasaan. Saya mendapati sukar untuk melelapkan mata sepanjang malam kerana diganggu oleh nyamuk. Pagi berikutnya pun dikejutkan oleh kokokan ayam yang tidak putus-putus.
3 hari berada di kampung, terasa singkat sangat. Kalau berkemungkinan, saya ingin duduk di kampung selama-lamanya sebab kita manusia tergolong kepada alam sekitar malah bukan bandar yang dipengaruhi keburukan industri moden. Tempat ini memberi ketenangan jiwa yang sukar saya peroleh di tempat saya.
|