v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 2 September - Wang Di
2007-09-04 13:23:48 CRI

2 hb September, 2007

Amalan Gotong-Royong

Masyarakat Melayu terkenal dengan amalan gotong-royong. Gotong-royong dapat mempercepat dan meringankan sesuatu kerja. Sebagai contoh, pagi ini, semua jiran tetangga bangun awal datang ke rumah angkat saya membantu bersiap kenduri perkahwinan yang akan diadakan pada malam nanti. Ada orang memotong ikan, ada orang mencuci sayur, ada juga orang membersihkan halaman. Kerja dihabiskan dengan segera. Mereka sudi menyumbangkan tenaga dan masa demi kebaikan bersama. Pada masa yang sama, hubungan silaturahim juga dirapatkan melalui amalan gotong-royong. Sikap ini amat terpuji terutamanya apabila seseorang memerlukan bantuan kecemasan.

Namun, sikap bekerjasama ini semakin kelunturan dan dilupakan khususnya di kalangan masyarakat bandar. Jarang didapati lagi amalan gotong-royong ataupun semangat jiran di sekitar saya. Adakah kita semakin selfish? Hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya kita sendiri? Ataupun tidak rela menyumbangkan tenaga apabila kita diminta bantuan daripada jiran kita? Tetapi, pernahkah anda dengar pepatah China itu, "saudara-mara jauh tidak boleh dibandingkan dengan jiran dekat"? Tidak dapat dinafikan kehidupan kita dapat dipertingkatkan mutunya melalui suasana harmoni dan sikap tolong-menolong dengan jiran kita. Secara tuntasnya, amalan gotong-royong harus dipopularkan semula sebagai budaya masyarakat kita.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |