v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Qingdao Aktif Sediakan Persiapan bagi Perlombaan Perahu Layar dalam Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-09-06 14:57:41 CRI

Bandar Qingdao yang terletak di kawasan pantai, bahagian timur China telah ditetapkan sebagai salah satu bandar untuk membantu Bandar Beijing menyelenggarakan perlombaan perahu layar dan papan layar Sukan Olimpik 2008.

Pertandingan Perahu Layar Antarabangsa Qingdao 2007 berjaya diselesaikan di bandar Qingdao, timur China pada 24 Ogos lalu. Pertandingan itu merupakan salah satu daripada siri pertandingan "Bertuah Beijing". Pada bulan Ogos tahun lalu, Bandar Qingdao telah berjaya menyelenggarakan Perlombaan Perahu Layar Antarabangsa Qingdao pertama yang bertema " Bertuah Beijing ". Perlombaan itu telah menguji kualiti kemudahan stadium dan keupayaan penganjuran perlombaan.

Pertandingan Perahu Layar Antarabangsa Qingdao 2007 diadakan berdasarkan piagam Sukan Olimpik dan telah menarik beberapa pemain unggul di dunia. Seramai 385 orang atlet dari 49 buah negara dan kawasan telah menyertai pertandingan tersebut. Melalui persaingan berlangsung selama sembilan hari, pasukan Britain telah menduduki tangga teratas dalam senarai perolehan pingat dengan lima pingat emas dan satu pingat perak.

Pihak Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat bandar Qingdao China telah mengadakan sidang jawatankuasa tetap baru-baru ini. Para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai pendorongan pelaksanaan konsep "Olimpik kemanusiaan" dan peningkatan taraf kecekapan penduduk dan tahap peradaban di bandar Qingdao.

Konsep "Olimpik Kemanusiaan" yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing itu merupakan satu konsep baru bagi Sukan Olimpik. Maka apakah caranya untuk mendorong pelaksanaan konsep tersebut? Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat bandar Qingdao, Chen Hongquan mencadangkan supaya pihak penganjuran menggabungkan penganjuran Sukan Olimpik dengan pembangunan bandar serta peningkatan taraf hidup penduduk Qingdao agar meningkatkan taraf ideologi, etika, kebudayaan dan kesihatan serta kesedaran undang-undang mereka, sekali gus membaiki secara menyeluruh taraf pengurusan dan persekitaran bandar serta kualiti perkhidmatan pelbagai sektor di bandar Qingdao.

Datuk Bandar Qingdao Encik Xia Geng memaklumkan bahawa:"Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kami mematuhi tiga konsep iaitu 'Olimpik Hijau, Olimpik Sains dan Teknologi dan Olimpik Kemusiaan". Kami berharap agar persiapan bagi Sukan Olimpik dapat mendorong perkembangan bandar Qingdao dan penganjuran pertandingan perahu layar dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 yang akan diadakan di Qingdao. Kami telah merancang 88 buah projek utama sambutan Sukan Olimpik dan kesemua projek tersebut sedang berjalan lancar."

Peningkatan taraf pengurusan bandar merupakan satu kandungan utama dalam usaha mendorong pelaksanaan konsep "Olimpik kemanusiaan". Ahli tetap Zhao Wenyuan berpendapat bahawa bandar Qingdao sebagai salah sebuah bandar penganjur Sukan Olimpik Beijing, keefisienan dan taraf pengurusan bandarnya masih kurang memuaskan pada masa ini. Beliau mencadangkan supaya menubuhkan satu pusat perkhidmatan pengurusan bandar bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan bandar.

Datuk Bandar Qingdao Encik Xia Geng menyatakan bahawa: "Sehubungan dengan 'Olimpik Kemanusiaan", kami telah melaksanakan beberapa aktiviti yang disertai oleh penduduk Qingdao seperti perkhidmatan tersenyum. Kami berusaha untuk mendorong penggabungan semangat Olimpik dengan kebudayaan bandar Qingdao."

Ahli tetap Fang Yi pula berpendapat bahawa penyemarakan semangat "Olimpik kemanusiaan" memerlukan penglibatan semua penduduk bandar Qingdao. Beliau menyeru pihak penganjuran agar memberi perhatian tinggi terhadap pengamalan semangat "Olimpik kemanusiaan" dalam kalangan remaja dan penyebaran semangat itu di kawasan luar bandar. Beliau mencadangkan supaya badan-badan berkenaan giat menyediakan syarat bagi golongan remaja untuk melibatkan diri dalam Sukan Olimpik, dan menggabungkan penyemarakan semangat "Olimpik kemanusiaan" dengan pembangunan kebudayaan desa baru untuk mendorong pembinaan desa baru yang harmoni.

Semasa memperkatakan tentang persiapan bagi pertandingan perahu layar dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Datuk Bandar Qingdao Encik Xia Geng memaklumkan bahawa:"Projek pembinaan Pusat Perahu Layar akan diselesaikan pada penghujung tahun 2007. Selain itu, kami akan berdasarkan standard Sukan Olimpik membaiki sekitar di sekeliling pusat tersebut dan menggubal mekamisme kawalan terhadap kemudahan gelanggang Olimpik yang berkesan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |