Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang merupakan bahagian teras organisasi dan badan pimpinan pusat telah ditubuhkan dalam Kongres Kebangsaan ke-5 PKC pada April tahun 1927.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ditetapkan melalui pemilihan oleh Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC. Tatacara Parti Komunis China yang dilaksanakan selepas Kongres Kebangsaan ke-12 menetapkan bahawa Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat dipanggil oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat dan diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali, dan dalam tempoh ditutupnya Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat, Biro Politik Jawatankuasa Pusat dan jawatankuasa tetapnya akan menjalankan kuasa jawatankuasa pusat PKC. Biro Politik Jawatankuasa Pusat harus membuat laporan kerja kepada Jawatankuasa Pusat secara berkala.
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China melaksanakan prinsip kepimpinan secara kolektif, dan sidangnya dipanggil oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC. Badan tersebut mesti melaksanakan dengan bersungguh-sungguh segala garis, prinsip dan dasar yang ditetapkan oleh Kongres Kebangsaan PKC.
|