Badan pemeriksaan disiplin Parti Komunis China merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelia dan memeriksa keadaan pematuhan disiplin badan-badan dan ahli-ahlinya dan juga pihak yang mengenakan tindakan disiplin terhadap badan dan ahli parti yang melanggar disiplin tertentu. Badan itu berkuasa untuk menjalankan penyeliaan dan pemeriksaan, pendaftaran kes, penyiasatan serta memberi cadangan, mengenakan hukuman dan menetapkan disiplin dalaman parti.
Badan pemeriksaan disiplin Parti Komunis China termasuk Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat, Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pelbagai Peringkat Tempatan dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Peringkat Asas.
Tugas utama badan pemeriksaan disiplin pelbagai peringkat Parti Komunis China adalah untuk memelihara peraturan dalaman, memeriksa keadaan pelaksanaan prinsip, dasar dan resolusi parti, membantu meningkatkan imej parti serta menjalankan dan menyelaraskan kerja antirasuah.
|