He Rong Zong(Hashim)
3hb. September, 2007
Saya masih ingat aktiviti-aktiviti yang seronok dan terhibur yang saya alami dengan penduduk-penduduk kampung Puah Lembah semalam selama sepanjang hari, tapi hari ini kami akan meninggalkan kampung ini dan melawat ke luar selama satu hari.
Sungguh awal kami sudah bangun, dengan perasaan mengantuk, kami kumpul di depan dewan pada pukul 6 pagi kerana hari ini kami dijamu sarapan di luar. Selepas diberitahu kami sedang berada di kampung ini, Persatuan Persahabatan Malaysia-China telah mengambil keputusan untuk menjemput kami makan sarapan di hotel.
Selepas makan sarapan, kami mula bertemu dengan pegawai-pegawai Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Wakil pelajar Lalai telah memperkenalkan sedikit tentang sitiuasi kami dalam beberapa hari ini. Kami rasa amat gembira boleh jumpa dan kenal persatuan ini kerana ia memainkan peranan sebagai jambatan antara negara ataupun rakyat Malaysia dan China. Ia juga telah mendorongkan hubungan tentang diplomati, ekonomi, pendidikan dan bidang-bidang lain menjadi begitu mesra antara dua hala. Sebagai pelajar yang belajar dan mengaji bahasa Melayu, kami juga harus meneladani tingkah lakunya.
Selepas makan tengah hari, kami terus melawat Muzium Negara. Muzium ini memang telah simpan banyak artifak atau kraftangan rakyat yang menarik hati lagi bernilai tinggi. Dengan melawat muzium ini dengan lengkap, kami boleh memahami atau mengenali sejarah Melayu mula dari prasejarah sehingga sekarang, antaranya termasuk Kesultanan Melaka, Laksamana Zheng He, zaman Eropah yang dimulakan oleh penjajahan orang Portugis. Hari ini kami amat bertuah boleh menyaksikan sejarah Melayu dalam 50 tahun ini dengan menikmati pameran yang khas dipamerkan untuk merayakan Hari Merdeka 50 tahun ini.
Malam ini hujan mula turun dengan lebat. Tanpa tunggu hujan itu henti, kami bertolak ke PWTC untuk makan malam yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jamuan makanan ini adalah untuk menyampaikan cederamata sebagai menyanjung jasa-jasa kepada mereka yang merupakan penjuang merdeka. Penjuang-penjuang merdeka itu memanglah berjasa kepada negara dan harus dihormati dengan setinggi-tingginya kerana Malaysia tidak mungkin mencapai kemerdekaan dan perkembangan tanpa uasaha mereka.
Pelajar-pelajar kami juga buat persembahan malam ini. Ramai orang rasa sangat kagum kerana kemi boleh bertutur bahasa Melayu dan ada sesetengah orang boleh cakap dengan sungguh fasih. Sebenarnya, kami juga rasa amat bangga kami boleh menguasai bahasa ini dengan baik-baik. Macam Profeser Wu sentiasa bercakap,' Bahasa Jiwa Bangsa', dengan belajar bahasa Melayu yang sungguh indah ini, kami tentulah akan menghayati jiwa bangsa Melayu yang murni dan bersih dengan lebih baik.
|