He Rong Zong(Hashim)
4hb, September, 2007
Hari ini kami juga kena bangan awal walaupun malam semalam kamu balik sungguh lewat. Pada pukul 6 setengah pagi kami memulakan lawatan kami hari ini dengan melawat ke Menara Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur amat tinggi dan juga merupakan lambangnya bandar KL sama dengan KLCC. Dalam masa yang sungguh cepat kami telah naik ke atas menara yang bertinggi lebh kurang 275 meter. Sungguh seronok berdiri di serambi menara itu untuk menyaksikan dan menikmati pandangan yang indah dan permai di hampir seluruh KL. Perasaan ini tidak boleh dibayangkan kalau kamu masih berada di lantai di bawah.
Destinasi Kedua kami hari ini ialah KLCC. Kasihlah sangat kami tidak boleh naik ke atas bangunan yang unik itu kerana tidak sempat. Kami hanya boleh berjalan-jalan dan membeli-belah di dalam plaza Suria. Selepas ini kami terus balik ke kampung Puah Lembah.
Kasihlah sangat kerana hari ini merupakan hari terakhir kami tinggal di sini. Petang ini kami akan berpisah mengikut jadual kami. Pada lebih kurang pukul 12 tengah hari kami telah balik ke kampung ini. Untuk mengemas dan menyusun barang-barang, kami telah membazirkan banyak waktu untuk berbual-bual dengan ibu bapa angkat kami. Semalam kami telah tidak dapat jumpa ibu dan bapa angkat kami sepanjang hari, hari ini kami juga tiada banyak masa bersama, saya memang tidak suka cara ini. Dengan cepat-cepat sahaja kami mesti buat banyak dengan keluarga angkat kami, antara termasuk menukar-tukar cenderamata, mengambil gambar dan sebagainya.
Satu masyuarat juga diadakan sebagai penutup program rumah angkat kali ini. Dalam mesyuarat itu, kami telah menyaksikan gambar-gambar tentang aktiviti yang kami terlibat, kami juga telah menerima cenderamata yang sungguh bernilai iaitu gambar-gambar yang kami ambil bersama dengan ibu bapa angkat kami pada hari pertama kami tinggal di sini. Dengan cara ini, majis kampang telah menyerahkan kami balik ke KPM.
Selepas minum petang, kami terpaksa akan dipisahkan dengan penduduk-penduduk kampung ini. Hampir semua orang telah ikut hantar kami ke luar kampung. Kami naik ke dalam bas dengan tidak sampai hati dan pada saat perpisahan, ramai orang sama ada dewasa ataupun anak-anak pun menangis. Ya, walaupun kami hanya hidup bersama salama 4 hari sahaja, tetapa kasih dan sayang telah dilahirkan dengan tidak dapat dielakkan. Apabila saya tengak seorang anak gadis menangis sambil melari ikut bas apabila kami bertolak, saya hampir menangis juga. Melalui air mata yang ikhlas dan benar ini, kami boleh faham dan hayati amalan murni dan hati bersih mereka. Saya memang suka dan cintai meraka dan tidak sampai hati pisah juga. Saya berjanji akan balik ke kampung ini kalau ada waktu lapang pada suatu hari nanti. Jumpa lagi, ibu bapa angkat yang saya sayangi dan hormati, jumpa lagi, datuk, nenek, pakcik, makcik, abang, kakak, kawan-kawan dan adik-adik, semoga kamu semua sihat dan berbahagia berkekalan. Sila ingatkan kami, ingatkan kenangan yang manis ini.
Pada pukul 7 kami bertolak ke KLIA untuk menghantar pelajar-pelajar tahun satu balik ke Beijing. Jadi, sampai sini lawatan kami kali ini telah habis. Dalam perjalanan balik ke UM, saya telah fikir banyak-banyak. Dalam lawatan selama 15 hari ini, saya telah belajar banyak dan juga telah mengalami banyak. Pengalaman atau kenangan yang sungguh manis ini terutamanya beberapa hari saya hidup bersama dengan keluarga angkat ini akam menemui saya sepanjang hidup dan saya tidak akan lupa.
|