v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catur Sukan Olimpik Kalangan Rakyat Mula Dijual di Gedung Utama Cenderamata Sukan Olimpik Beijing
2007-09-12 13:55:28 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita China, setelah direka bentuk, dipromosikan dan diperbaiki selama 8 tahun, Catur Sukan Olimpik Baru yang direka dan dibuat bersama oleh 6 orang pekerja dari kawasan desa mula dijual di gedung utama cenderamata Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 di Jalan Wangfujing, Beijing pagi kelmarin.

Ketua Pengurus kedai itu, Wang Jian menyatakan,"Catur Sukan Olimpik Baru merupakan satu-satunya barangan cenderamata francais Sukan Olimpik yang dicipta oleh kalangan rakyat. Disebabkan oleh reka bentuknya yang menarik, cara permainannya yang mudah dan berbagai-bagai dan harganya yang murah iaitu 49 yuan RMB sahaja, maka catur itu agak laris jualan."

Pencipta utama Catur Sukan Olimpik baru ialah seorang pekerja biasa dari kawasan desa Tianjin yang mencari rezeki di Beijing. Menurut beliau, tujuan asal penciptaan catur tersebut adalah untuk membolehkan kanak-kanak mengingat akan Sukan Olimpik Beijing buat selama-lamanya ketika menikmati kegembiraan yang dibawa oleh permainan itu.

Kini, ciptaan tersebut telah disimpan oleh Persatuan Pengumpul koleksi China dan Muzium Ibu Negara.

Catur Sukan Olimpik Baru penuh dengan simbol Sukan Olimpik. Papan catur yang berlatarbelakangkan bangunan tradisional China iaitu Dewan Qinian Taman Tiantan yang melambangkan semangat kebangsaan rakyat China. Reka bentuk bagi 6 buah catur ialah maskot Sukan Olimpik Beijing iaitu lima Fuwa dan logo Sukan Olimpik. Ruang perkongsian telah dihias dengan lima lingkaran Sukan Olimpik yang bersambungan. Ruang itu merupakan satu kawasan tanpa halangan yang melambangkan konsep Sukan Olimpik tanpa batas sempadan. Papan catur yang masing-masing mempunyai 13 grid dari arah lintang dan bujur itu melambangkan tarikh 13 Julai iaitu tarikh Beijing memperoleh hak penganjuran sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008 13 Julai pada tahun 2001. 29 keping kad skor melambangkan Sukan Olimpik Beijing merupakan Sukan Olimpik ke-29. Jumlah skor yang mencatat 112 mata melambangkan Sukan Olimpik telah bersejarah 112 tahun sehingga tahun 2008, dan juga bertujuan untuk memperingati Sidang Pleno ke-112 Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC).

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |