v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita Zhang Le, Seorang Pelajar Sekolah Menengah Atas Beijing Mengenai Sukan Olimpik
2007-09-13 12:25:49 CRI

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, temasya sukan itu terasa semakin dekat dengan kehidupan penduduk Beijing. Jadi, marilah kita mengenali watak utama ruangan hari ini, Zhang Le, seorang pelajar sekolah menengah atas di Beijing.

"Apa khabar saudara semua, saya Zhang Le, seorang pelajar Sekolah Menengah Atas ke-8 Beijing. Nama diri saya ialah "Le" yang bermaksud gembira. Inilah cerita saya mengenai Sukan Olimpik."

Zhang Le dilahirkan dalam sebuah keluarga cendekiawan pada Ogos tahun 1990. Kelahirannya telah membawa kegembiraan kepada ibu bapa dan mereka turut berharap agar dia membesar dengan gembira, oleh itu, ibu bapanya menamakannya "le" yang bermaksud gembira. Manakala, nama mesra yang dipanggil dalam keluarga ialah sama dengan nama maskot Sukan Asia Beijing 1990 iaitu Pan Pan. Sukan Asia ke-11 diadakan di Beijing pada 22 September tahun 1990. Pada masa itu, Zhang Le baru berumur sebulan. Ibu bapanya menjaga Zhang Le sambil menonton pertandingan dalam temasya sukan itu. Walaupun Zhang Le tidak ingat apa-apa akan pengalaman itu, akan tetapi ibu Zhang Le berkata, "Pada masa itu, pertandingan yang disiarkan menerusi stesen TV merupakan perkara yang paling awal dilalui oleh Zhang Le selepas dilahirkan."

Sidang Pleno ke-112 Jawatakuasa Olimpik Antarabangsa diadakan di Moskow pada 13 Julai tahun 2001. Dalam sidang tersebut, bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Encik Juan Antonio Samaranch mengumumkan bahawa China memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008. Pada masa itu, orang ramai yang tinggal di kawasan penginapan Zhang Le bersorak riang "Beijing berjaya, kita menang!". Mengenang kembali peristiwa tersebut, Zhang Le menyatakan bahawa: "Saya melaungkan 'Beijing Beijing" di hadapan stesen TV, semasa saya minta emak membawa saya pergi merayakan kejayaan itu, saya dapati emak saya menangis. Saya hairan. Seiring dengan pembesaran saya, saya memafami bahawa kita yang tidak mengalami kegagalan dalam permohonan hak pengajuran Sukan Olimpik 1993 sukar memahami perasaan yang begitu terharu dan bangga selepas berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik 2008. Sekarang saya seorang pelajar di sekolah contoh pendidikan Sukan Olimpik, gelanggang latihan Olimpik telah dibina di sekolah saya. Selain itu, saya turut menyertai aktiviti mengenai Sukan Olimpik. Kesemua ini telah meningkatkan pengetahun dan pemahaman saya terhadap Sukan Olimpik dan semangat Olimpik."

Sekolah tempat Zhang Le belajar sekarang telah dilantik sebagai sekolah contoh pendidikan Sukan Olimpik pada Jun tahun 2006. Sekolah contoh pendidikan Olimpik yang diberi mandat daripada Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing dan Kementerian Pendidikan China bertanggungjawab atas mengobarkan semangat Olimpik, menyebarluaskan pengetahuan tentang Olimpik ke seluruh negara China. Selepas menjadi sekolah contoh pendidikan Sukan Olimpik, Sekolah Menengah Atas ke-8 Beijing telah meningkatkan usaha dalam bidang pendidikan Olimpik dan pewujudan suasana Olimpik Kemanusiaan. Zhang Le memaklumkan bahawa guru sukan mereka memperkenalkan sejarah perkembangaan dan keadaan Olimpik dan mengadakan kuiz pengetahuan tentang Sukan Olimpik. Selain itu, pihak sekolah telah menggabungkan pengetahuan tentang sukan Olimpik dengan pelbagai kurikulum.

Sekolah Menengah Atas ke-8 Beijing bukan sahaja merupakan sekolah contoh pendidikan Olimpik, tetapi juga merupakan tapak pembinaan gelanggang bagi latihan acara bola keranjang Sukan Olimpik Beijing. Zhang Le berkata: "Walapun pembinaan gelanggang tersebut mendatangkan sedikit sebanyak kesukaran kepada kami, tetapi apabila terfikir akan ramainya bintang bola keranjang A.S. yang akan menjalankan latihan di sini pada tahun depan, maka kami semua berasa teruja. Walaupun saya tidak berminat akan bola keranjang, tetapi apabila saya melihat perubahan gelanggang itu pada setiap hari, saya juga turut berasa gembira. Saya rasa Sukan Olimpik semakin dekat dengan kehidupan saya, sukan itu bukan sahaja merupakan perkara yang hanya berkaitan dengan pegawai dan pemain."

Untuk mengobarkan semangat Olimpik "Penyatuan, Persahabatan dan Keamanan", Kementerian Pendidikan China dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menjalinkan hubungan persahabatan antara lebih 200 buah sekolah menengah dan rendah di Beijing dengan sekolah luar negara. Sekolah Zhang Le telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Sekolah Menengah Atas D' Albert di Paris. Zhang Le telah menyertai delegasi lawatan ke Perancis. Zhang Le berkata: "Saya membawa lima Fuwa dan cap tradisional China semasa memulakan lawatan saya ke Perancis. Dalam perjalanan itu, saya terfikir cara untuk memperkenalkan Fuwa kepada keluarga Perancis. Perkara yang membuyatkan saya terkejut adalah semasa saya mengeluarkan Fuwa itu, anggota keluarga Perancis yang saya lawati mengenali kelima-lima Fuwa itu. Mereka memberitahu saya bahawa sekarang warga Perancis amat memberi perhatian terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008 dan berharap agar dapat berpeluang datang ke China untuk menonton temasya sukan itu. Saya mengajar mereka bahasa Mandarin yang ringkas dan memperkenalkan perubahan China dan persiapan Sukan Olimpik Beijing kepada mereka."

Lawatan ke Perancis tersebut meningkatkan pengetahuan tentang Sukan Olimpik Beijing 2008 dan hubungannya mengenai temasya sukan itu. Kini, Zhang Le membalas e-mel kepada kawan-kawan Perancis dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Selain berbual-bual mengenai kehidupan sendiri, memperkenalkan berita tentang Sukan Olimpik Beijing telah menjadi komponen utama dalam e-mel saya seperti cara untuk membeli tiket Sukan Olimpik, keadaan pembinaan gelanggang Sukan Olimpik dan lain-lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |