v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sistem Sentralisasi Demokratik
2007-09-13 13:13:54 CRI

Sistem Sentralisasi demokratik yang merupakan sistem kepemimpinan dan pengurusan asas Parti Komunis China merujuk kepada penggabungan sentralisasi yang berasaskan demokrasi dengan demokrasi yang di bawah bimbingan sentralisasi. Matlamat asas pelaksanaan sistem itu adalah untuk mencipta situasi politik cergas yang mempunyai pemusatan dan demokrasi, disiplin dan kebebasan, prinsip bersatu dan pikiran individu dalam parti.

Beberapa orang pakar berpendapat bahawa kedinamikan Parti Komunis China dapat dikekalkan dalam masa yang panjang, ini disebabkan pelaksanaan dan penyempurnaan sistem tersebut.

Piagam Parti Komunis China telah menetapkan prinsip asas sistem sentralisasi demokratik, antaranya termasuk ahli parti mematuhi keputusan pertubuhan parti, minoriti mematuhi keputusan majoriti, pertubuhan peringkat bawah mematuhi keputusan pertubuhan peringkat atas, pelbagai pertubuhan dan semua ahli parti mematuhi keputusan Kongres Kebangsaan parti dan Jawatankuasa Pusat parti, badan pimpinan pelbagai peringkat parti dibentuk melalui pemilihan, pertubuhan peringkat atas parti harus selalu mendengar pendapat daripada pertubuhan peringkat bawah dan ahli parti dan menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan mereka dengan tepat pada masanya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |