Di China selain Parti Komunis China, masih terdapat 8 parti bukan komunis, antaranya termasuk Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China, Liga Demokratik China, Persatuan Pembangunan Negara Demokratik China, Persatuan Galakan Demokrasi China, Parti Demokratik Petani dan Buruh China, Parti Zhi Gong China, Persatuan Jiu San China dan Liga Pemerintahan Sendiri Demokratik Taiwan China.
Kelapan-lapan parti tersebut bukanlah parti pembangkang, sebaliknya merupakan rakan Parti Komunis China yang turut mengambil bahagian dalam pentadbiran. Sebagai unit konstituen Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang merupakan pertubuhan barisan kesatuan patriotik di bawah pimpinan Parti Komunis China, pelbagai parti bukan komunis mengadakan kerjasama dengan Parti Komunis China untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pentadbiran negara, permesyuaratan tentang prinsip dan calon pemimpin negara, pengurusan hal ehwal negara serta penetapan dan pelaksanaan prinsip, dasar, peraturan dan undang-undang negara melalui cara permesyuaratan politik dan penyeliaan demokratik.
|