Hubungan antara bandar dengan desa merupakan hubungan terpenting dalam sistem pembangunan ekonomi dan sosial negara. Kini, jurang perbezaan yang ketara antara bandar dengan desa dalam bidang pembangunan ekonomi, pendapatan penduduk dan taraf penggunaan tetap wujud. Memandangkan masalah tersebut, Parti Komunis China telah mengemukakan rancangan tentang pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh dan pengurangan jurang perbezaan antara kaum buruh dengan kaum tani, antara bandar dengan desa dan antara pelbagai kawasan dalam Kongres Kebangsaan parti itu yang diadakan pada tahun 2002. Dalam Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-16, Parti Komunis China turut mengemukakan tuntutan bagi mewujudkan "keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa".
Untuk merealisasikan keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa, usaha harus dijalankan untuk terus meningkatkan peranan pembimbing bandar dan pekan terhadap pembangunan desa serta peranan pendorong desa terhadap pembangunan bandar melalui penyusunan semula dan penggabungan industri di bandar dan desa agar mewujudkan pembangunan yang menyeluruh dan selaras antara bandar dengan desa.
Pewujudan keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa merupakan satu kandungan utama bagi pelaksanaan konsep pembangunan secara saintifik.
|