v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wang Wei: Kualiti Udara Beijing Akan Terjamin Semasa Penganjuran Sukan Olimpik 2008
2007-09-19 12:39:29 Agensi Berita Xinhua China

Naib Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei menyatakan bahawa dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, kualiti udara Beijing akan terjamin dalam keadaan yang baik supaya menyediakan persekitaran yang selesa kepada para atlet.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Pedagang Cina Sedunia ke-9 di Jepun pada 15 September yang lalu.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan pusat China, kerajaan bandar Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing amat mementingkan masalah kualiti udara di Beijing, dan telah mengambil banyak tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut laman web Agensi Berita Xinhua China, pada tahun 1998, kerajaan bandar Beijing telah memperuntukkan 1.22 bilion dolar Amerika untuk mengawal pencemaran udara, dan telah mengemukakan sasaran yang perlu dicapai dalam 10 tahun akan datang. Melalui pengawalan dan pencegahan selama hampir 10 tahun, jumlah hari yang indeks pencemaran udaranya di bawah 100 telah meningkat daripada kira-kira 100 hari pada tahun 1998 kepada 241 hari pada tahun 2006. Dengan itu, mutu udara di Beijing telah dibaiki dengan ketara.

Menurut Wang Wei, pengawalan pencemaran udara yang dijalankan oleh kerajaan bandar Beijing terutamanya mengandungi 4 aspek. Pertama, menggunakan sumber tenaga bersih seperti gas asli dan lain-lain untuk menggantikan arang batu. Kedua, mengawal pelepasan asap ekzos kenderaan. Ketiga, mengawal debu berterbangan. Dan keempat, memindahkan perusahaan yang menyebabkan pencemaran serius. Kini, usaha tersebut telah mencapai hasil yang amat menggalakkan.

Beliau menambah bahawa berdasarkan penyelarasan Jabatan Am Perlindungan Alam Sekitar Negara China, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah melancarkan kempen kerjasama di seluruh negara dan antara pelbagai kawasan dalam bidang perlindungan alam sekitar. Mereka juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama antarabangsa yang berkenaan dengan Jepun, Republik Korea serta negara-negara lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |