v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Teori Deng Xiaoping
2007-09-20 17:57:00 CRI

Teori Deng Xiaoping ialah singkatan daripada "Teori Deng Xiaoping tentang Membangun Sosialisme yang Bercirikan China".

Dalam tempoh baru bagi membangun sosialisme, ahli Parti Komunis China dengan diwakili oleh Deng Xiaoping telah menemui satu jalan pembangunan sosialisme yang bersesuaian dengan keadaan sebenar China dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu berdasarkan pengalaman pembangunan sosialisme sejak Republik Rakyat China ditubuhkan serta kajian terhadap pengalaman antarabangsa dan situasi dunia, dan telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam melaksanakan pembaharuan dan dasar pintu terbuka serta pembangunan modenisasi sosialisme.

Teori Deng Xiaoping berpegang teguh pada pembebasan fikiran dan pencarian kebenaran berdasarkan fakta sebenar. Teori tersebut buat pertama kalinya telah menjawab siri soalan asas seperti "apakah sosialisme" dan "bagaimana membangunkan sosialisme" di China yang ekonominya ketinggalan. Teori tersebut telah mewarisi dan mengayakan Marxisme-Leninisme dan Fikiran Mao Zedong dengan konsep fikiran baru, dan merupakan Marxisme China pada zaman kontemporari ini.

Teori Deng Xiaoping merupakan hasil kebijaksanaan kolektif rakyat China, dan juga merupakan panduan tindakan bagi ahli Parti Komunis China untuk membangunkan sosialisme yang bercirikan China.

Deng Xiaoping (1904-1997) merupakan tokoh teras dalam kalangan pemimpin generasi kedua Republik Rakyat China dan digelar sebagai ketua pereka bentuk bagi dasar pembaharuan dan buka pintu China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |