Inti dalam fikiran penting "Tiga Perwakilan" ialah Parti Komunis China sentiasa mewakili permintaan pembangunan tenaga produktif maju China, mewakili arah aliran perkembangan kebudayaan China dan mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China.
Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China yang diadakan pada tahun 2002 dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menetapkan "Tiga Perwakilan" sebagai panduan penting Parti Komunis China selain Marxisme-Leninisme, Fikiran Mao Zedong dan Teori Deng Xiaoping.
Mewakili permintaan pembangunan tenaga produktif maju China bererti bahawa teori, garis, program, prinsip, dasar dan pelbagai kerja Parti Komunis China mesti bersesuaian dengan peraturan perkembangan tenaga produktif, dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pembangunan tenaga produktif. Manakala, mewakili arah aliran perkembangan kebudayaan China bermakna bahawa teori, garis, program, prinsip, dasar dan pelbagai kerja Parti Komunis China mesti memperlihatkan permintaan perkembangan kebudayaan sosialisme kebangsaan, saintifik dan popular yang bersesuaian dengan keperluan modenisasi, dunia dan masa depan. Mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China pula bermakna bahawa teori, garis, program, prinsip, dasar dan pelbagai kerja Parti Komunis China mesti bertitik tolak dari kepentingan asas rakyat, dan berusaha untuk membolehkan rakyat menikmati kepentingan ekonomi, politik dan budaya berasaskan kepada pembangunan masyarakat secara berterusan.
|