Konsep pembangunan secara saintifik merupakan konsep pembangunan yang menyeluruh, selaras, berterusan dan mengutamakan rakyat.
Konsep tersebut dikemukakan dalam Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-16 Parti Komunis China pada tahun 2003. Konsep itu menekankan harus mendorong pembaharuan dan pembangunan China berdasarkan permintaan terhadap keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa, keseimbangan pembangunan antara pelbagai kawasan, keseimbangan pembangunan antara ekonomi dengan sosial, keseimbangan pembangunan antara manusia dengan alam semula jadi dan keseimbangan antara pembangunan domestik dengan pembukaan kepada dunia luar.
Pembangunan yang mengutamakan rakyat bererti bahawa segala usaha harus dijalankan untuk memenuhi keperluan rakyat dan mendorong pembangunan rakyat secara menyeluruh dengan bertitik tolak daripada kepentingan asas rakyat
Pembangunan secara menyeluruh bermakna bahawa di samping menyempurnakan sistem ekonomi pasaran sosialisme dan mengekalkan pembangunan ekonomi secara berterusan, pesat, selaras dan sihat, usaha juga harus dijalankan untuk mempercepat peradaban politik dan kerohanian agar mewujudkan arkitekur yang saling mendorong dan berkembang bersama antara peradaban kebendaan, politik dan kerohanian. Pembangunan secara selaras bermakna bahawa usaha harus dijalankan untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa, keseimbangan pembangunan antara pelbagai kawasan, keseimbangan pembangunan antara ekonomi dengan sosial dan keseimbangan antara pembangunan domestik dengan pembukaan kepada dunia luar. Pembangunan secara berterusan pula bermakna bahawa usaha harus dijalankan untuk mendorong pembangunan secara harmoni antara manusia dengan alam semula jadi dan menguruskan dengan baik hubungan antara pembangunan ekonomi dan pertambahan penduduk dengan penggunaan sumber tenaga dan perlindungan alam semula jadi agar mendorong seluruh masyarakat ke jalan pembangunan yang beradab.
|