v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsep "Sukan Olimpik Hijau" Telah Berakar Umbi dalam Kalangan Rakyat China
2007-09-25 16:12:11 CRI

Berdasarkan laporan daripada akhbar Shanghai Morning Post pada 24 September lalu, dalam Persidangan Pedagang Cina Sedunia ke-9 yang diadakan di Kobe, Jepun baru-baru ini, Naib Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei menyatakan bahawa Beijing berkemampuan untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada para atlet dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing tahun 2008.

Sebagai salah satu daripada tiga konsep Sukan Olimpik Beijing, konsep "Sukan Olimpik hijau" telah menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan rakyat China sedang berusaha untuk merealisasikan konsep tersebut. Kini, usaha itu telah mencapai hasil yang amat menggalakkan.

Program Persekitaran PBB Hadiahkan Anugerah kepada Beijing

Pada 17 September lalu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah dihadiahkan Anugerah Kesedaran Awam "Protokol Montreal" oleh Program Persekitaran PBB atas usahanya dalam mempopularkan pengetahuan tentang pentingnya perlindungan lapisan ozone dalam proses penyelenggaraan Sukan Olimpik ke-29. Anugerah itu merupakan penghargaan masyarakat antarabangsa terhadap usaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dalam mendorong pelaksanaan konsep "Sukan Olimpik hijau".

Mengutamakan Peningkatan Kesedaran Perlindungan Alam Sekitar dalam Kalangan Remaja

Pempopularan konsep "Sukan Olimpik hijau" memerlukan usaha bersama setiap warganegara China, terutamanya peningkatan kesedaran perlindungan alam sekitar dalam kalangan remaja. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menyenaraikan kandungan tentang perlindungan lapisan ozone dalam "Buku Pendidikan Alam Sekitar Sukan Olimpik Hijau bagi Pelajar Sekolah Menengah". Kini, buku itu telah diterbitkan sebanyak 120 ribu buah.

Sejumlah Besar Modal Diperuntukkan untuk Mengawal Pencemaran Udara

Kerajaan bandar Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sentiasa mementingkan masalah kualiti udara di Beijing, dan telah mengambil banyak tindakan untuk menyelesaikan masalah pencemaran udara.

Dimaklumkan, pada tahun 1998, kerajaan bandar Beijing telah memperuntukkan 1.22 bilion dolar Amerika untuk mengawal pencemaran udara, dan telah menetapkan sasaran dalam 10 tahun akan datang. Melalui pengawalan dan pencegahan selama hampir 10 tahun, mutu udara di Beijing telah dibaiki dengan ketara.

Persiapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Disanjung Tinggi oleh Presiden IOC

"Kami berpendapat bahawa kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing telah berjalan dengan agak lancar. Kami juga amat berpuas hati terhadap kerja penyelenggaraan pertandingan ujian bagi Sukan Olimpik yang telah berjaya diadakan di Beijing baru-baru ini", kata Jacques Rogge, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ketika diwawancara baru-baru ini.

Beliau juga amat berkeyakinan terhadap kualiti udara Beijing semasa penganjuran Sukan Olimpik. Beliau menyatakan,

"Kerajaan bandar Beijing telah mengambil banyak langkah untuk mengawal pencemaran udara. Mereka telah menanam beberapa juta batang pokok, memindahkan banyak perusahaan yang melepaskan pencemaran yang tinggi dan menggunakan gas asli untuk menggantikan arang batu. Kami yakin bahawa melalui usaha tersebut, mutu udara di Beijing pasti akan dapat dibaiki dengan lebih lanjut."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |