Misi pembangunan desa baru sosialis telah dikemukakan oleh Parti Komunis China dalam Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-16 pada tahun 2005. Matlamatnya adalah untuk membangunkan desa China ke arah perkembangan berterusan, kehidupan lumayan, masyarakat bermoral, bersih, teratur dan berasaskan kepada pentadbiran demokratik.
Misi pembangunan desa baru sosialis mempunyai empat tugas utama. Pertama, membangunkan ekonomi desa dan menambah pendapatan kaum tani. Kedua, meningkatkan pembinaan desa dan pekan dan membaiki persekitaran desa. Ketiga, mempromosikan usaha kebajikan amal di desa dan mendorong keharmonian masyarakat. Keempat, mengukuh dan meningkatkan kualiti modal insan di kawasan desa.
Pembangunan desa baru sosialis melibatkan pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan, perubatan dan kesihatan serta perlindungan alam sekitar di desa China. Matlamat itu merupakan garis panduan bagi kerajaan China untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian, desa dan petani pada zaman kontemporari ini.
|