Konsep mewakili kepentingan asas rakyat China dan berkhidmat untuk rakyat dengan seluruh jiwa raga merupakan panduan asas bagi Parti Komunis China. Dan berkhidmat untuk rakyat dengan seluruh jiwa raga juga merupakan konsep nilai dan etika serta teras bagi sosialisme China.
Pengasas dan pemimpin utama Parti Komunis China dan Republik Rakyat China, Mendiang Mao Zedong pernah menyatakan,
"Satu lagi penanda penting yang membezakan Parti Komunis China dengan parti-parti lain ialah Parti Komunis China telah mengikat hubungan erat dengan rakyat. Parti Komunis China akan berkhidmat untuk rakyat dengan seluruh jiwa raga, dan tidak akan membelakangi rakyat walaupun sesaat."
Pada tahun ini, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao sekali lagi menekankan,
"Matlamat asas Parti Komunis China adalah untuk berkhidmat untuk rakyat dengan seluruh jiwa raga. Segala usaha yang dijalankan oleh Parti Komunis China adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, dan segala kerja parti dan negara harus bertitik tolak daripada kepentingan asas rakyat."
|