Sistem politik yang dilaksanakan di China ialah sistem kerjasama pelbagai parti dan permesyuaratan politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China, ia berlainan dengan sistem dua parti atau pelbagai parti yang dijalankan di negara-negara Barat, dan juga berlainan dengan sistem satu parti yang dijalankan di beberapa negara. Sistem itu merupakan satu sistem politik asas di China. Cirinya ialah Parti Komunis China memimpin negara dan pelbagai parti bekerjasama dengan Parti Komunis China, dan Parti Komunis China memerintah dan pelbagai parti menyertai pemerintahan.
Pelbagai parti bukan komunis China bukan parti pembangkang, tetapi parti yang menyertai pemerintahan dan parti sahabat Parti Komunis China. Mereka akan menyertai pemerintahan, permesyuaratan dasar negara dan pemilihan calon pemimpin negara, pengurusan hal ehwal negara serta penetapan dan pelaksanaan prinsip, dasar, undang-undang dan peraturan negara.
Sistem kerjasama pelbagai parti dan permesyuaratan politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China bukan sahaja boleh mengumpulkan kebijaksanaan pelbagai parti bukan komunis, pertubuhan kalangan rakyat dan tokoh-tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat di samping mendorong penetapan keputusan oleh parti pemerintahan dan kerajaan pelbagai peringkat supaya lebih saintifik dan demokratik, tetapi juga boleh mempertimbangkan secara keseluruhan kepentingan majoriti rakyat, bukan sahaja boleh mengatasi masalah kekurangan pengawasan yang diakibatkan oleh pemerintahan satu parti, bahkan juga boleh mengelakkan kekacauan politik dan ketidakstabilan masyarakat akibat berlakunya pertikaian dan perebutan antara pelbagai parti.
|