v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Filem Kartun yang Bertemakan Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-10-04 16:09:28 CRI

Maskot Sukan Olimpik Beijing ialah lima Fuwa yang bernama Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini. Bermula pada 8 Ogos lalu, pelbagai stesen TV China telah menyiarkan filem kartun yang menggunakan imej Fuwa sebagai watak untuk menyebarkan pengetahuan sukan Olimpik. Filem itu bukan sahaja telah mendapat sambutan ramai daripada kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa. Tokoh-tokoh berkenaan berpendapat bahawa penggambaran filem tersebut merupakan satu langkah yang baru bagi industri filem kartun China.

Yang saudara pendengar nikmati sekarang ialah muzik daripada filem kartun "Cerita Olimpik Fuwa". Filem itu diterbitkan oleh Stesen TV Beijing China dengan jumlah peruntukan sebanyak 50 juta yuan RMB. Filem itu dibahagikan dalam 100 episod dan setiap episod mempunyai masa tayangan selama 11 minit. Filem itu menceritakan tentang sebuah keluarga biasa penduduk Beijing. Menjelang perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008, Da You, seorang anak lelaki yang berumur 8 tahun menerima satu hadiah hari jadi daripada ibu bapanya, iaitu satu set maskot sukan Olimpik Beijing-- Fuwa. Pelbagai cerita yang menarik telah berlaku antara Da You dengan 5 Fuwa. Filem itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton tentang asal unsul, perkembangan sukan Olimpik, penetapan dan penyempurnaan peraturan serta aktiviti yang penting dalam sejarah sukan Olimpik.

Bermula tayangan perdana filem itu pada malam kira detik satu tahun sebelum sukan Olimpik Beijing?filem itu mengekalkan kedudukan tempat teratas dalam kadar tontonan berbanding dengan filem kartun yang lain. Selain golongan kanak-kanak, penonton golongan dewasa juga memberikan sanjungan tinggi terhadap filem itu. Encik Ding Yiming ialah seorang penonton biasa Beijing. Beliau berpendapat bahawa penyebaran konsep sukan Olimpik melalui filem merupakan satu cara yang amat efektif. Beliau berkata:

"Kami telah mempelajari banyak pengetahuan tentang Sukan Olimpik melalui filem itu. Lima Fuwa yang comel itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton."

Selain itu, kesenian tradisional China juga telah dicerminkan dalam filem itu dan menjadi kesukaan ramai. Cik Lin Lu berpendapat bahawa kesenian tradisional China yang dicerminkan dalam filem itu menjadikan filem itu amat menarik. Beliau berkata:

"Saya pernah menonton 'Cerita Olimpik Fuwa' dan sangat suka akan filem itu. Filem itu bukan sahaja ditayangkan untuk kanak-kanak sahaja, tetapi juga ditayangkan untuk orang dewasa. Skrin filem itu berwarna-warni dan menarik. Watak dalam filem itu dilukis dengan cara tradisional China dan tidak sama dengan filem kartun dari negara lain."

Filem kartun tradisional China telah digambarkan dan diterbitkan berdasarkan lukisan dan cerita tradisional China. Pada 10 tahun kebelakangan ini, banyak filem kartun dari Jepun, Eropah dan A.S. telah diimport oleh China dan mendatangkan pengaruh yang besar terhadap golong kanak-kanak China. Filem-filem yang diimport dari negara luar biasanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang tinggi dan amat menarik. Tokoh-tokoh filem kartun China telah menyedari akan pentingnya untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional China dalam filem kartun. Berdasarkan prinsip itu, China harus mempelajari teknologi negara asing yang digunakan dalam filem kartun untuk mencipta lebih banyak filem kartun yang unik.

Filem 'Cerita Olimpik Fuwa' digambarkan dengan menggunakan pelbagai pendapat dan cadangan awam penduduk China. Pada beberapa tahun yang lalu, pihak penerbit, iaitu stesen TV Beijing telah mula mengumpulkan pendapat dan skrip untuk filem Olimpik di seluruh China dan mendapat sejumlah 20 ribu skrip. Walaupun skrip tersebut tidak digunakan dalam filem secara langsung, akan tetapi telah memberi banyak ilham kepada pihak penerbit. Stesen TV Beijing juga telah mengundang pelakon dan penyanyi terkenal China untuk mengalih suara bagi watak filem itu. Penyanyi popular, Cik Zhang Liangying telah diundang untuk mengalih suara bagi salah satu antara lima Fuwa, iaitu Yingying. Cik Zhang berasa amat beruntung kerana dapat menyertai kerja alih suara untuk filem itu. Beliau berkata:

"Walaupun saya tidak pernah mengalih suara untuk filem pada masa dahulu, tetapi saya amat berminat dalam kerja itu. Peluang itu amat baik dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan suara saya lebih serasi dengan watak 'Yingying'".

Pengarah Saluran Kartun Stesen TV Beijing, Encik Shuai Min berpendapat bahawa salah satu unsur penting yang mengakibatkan filem kartun menarik perhatian ramai ialah pengendalian seluruh prosesnya berdasarkan peraturan pasaran. Pada peringkat awal penggambaran filem kartun, pihak penerbitan telah memulakan kerja pempromosian kepada penduduk awam. Selain itu, filem tersebut dapat memenuhi permintaan penonton dalam lingkungan umur yang berbeza pada masa sekarang. Difahamkan bahawa pihak penerbit pernah mengundang pelukis terkenal dari Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan dan Makau untuk mereka bentuk watak dalam filem itu.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, konsep tokoh-tokoh dalam industri filem kartun China telah mengalami perubahan yang besar. Mereka telah menyedari bahawa penggambaran filem kartun jika dibuat hanya berdasarkan cerita dongeng dan sejarah sahaja tidak selaras dengan permintaan penonton moden. Penciptaan filem kartun harus mengenakan hubungan yang rapat dengan masyarakat moden sekarang. Pengarah Saluran Filem Kartun Stesen TV Beijing, Encik Shuai Min berpendapat bahawa filem "Cerita Olimpik Fuwa" telah memenuhi permintaan kanak-kanak sekarang, di samping mempelajari pengalaman filem kartun negara luar. Beliau menyatakan:

"Pengetahuan kanak-kanak sekarang telah melebihi generasi dahulu pada umur yang sama. Namun, filem kartun masih dicipta berdasarkan taraf pengetahuan generasi dahulu, maka sudah tentulah filem kartun China kurang berdaya saing berbanding dengan filem kartun negara luar. Hanya filem kartun yang selaras dengan pengetahuan dan psikologi golongan kanak-kanak moden sahaja yang dapat menjadi kesukaan ramai."

Tambah beliau, bahan-bahan yang digunakan untuk menggambarkan filem kartun harus diluaskan dan dipilih dengan baik kerana kanak-kanak sekarang telah mempunyai kesukaan dan cita rasa yang sukar dijangka oleh golongan dewasa.

Baru-baru ini, pihak penerbit filem "Cerita Olimpik Fuwa " telah menandatangani perjanjian dengan hampir seratus stesen TV China tentang hak tayangan. Selain itu, pelbagai stesen TV seberang laut juga telah menunjukkan minat yang besar terhadap pembelian filem kartun tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |