v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gelanggang Sukan Olimpik Menjadi Tanda Tempat Baru yang Memaparkan Bandar Beijing
2007-10-08 17:55:00 CRI

Stadium Negara

Berdasarkan laporan daripada laman sesawang Agensi Berita Xinhua China, seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, pembinaan gelanggang Sukan Olimpik sedang dijalankan dengan lancar. Gelanggang tersebut telah menjadi tanda tempat baru yang dapat memaparkan Beijing, sebuah bandar yang bersejarah lama.

Antaranya, Stadium Negara yang merupakan gelanggang utama Sukan Olimpik Beijing dan Pusat Renang Negara paling menarik perhatian orang ramai. Stadium Negara yang menelan kos sebanyak lebih 3 bilion yuan RMB merupakan tempat diadakannya upacara perasmian dan penutupan serta pertandingan akhir bola sepak dan olahraga dalam Sukan Olimpik Beijing, maka stadium itu sentiasa menjadi tumpuan perhatian orang ramai.

Stadium Negara yang seluas 258 ribu meter persegi tersebut juga dikenali sebagai "sarang burung" disebabkan oleh reka bentuknya seakan-akan sebuah sarang burung yang besar. Gelanggang itu telah dilengkapkan dengan sistem pemeriksaan keselamatan, sistem keseluruhan dan sistem pemindahan tempat duduk yang paling maju di dunia.

Pusat Renang Negara juga dikenali sebagai "kubus air" oleh sebab reka bentuknya diilhamkan daripada struktur buih sabun dan keluasannya mencapai 65 ribu meter persegi. Semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing, acara renang, terjun, renang berirama dan polo air akan diadakan di gelanggang itu. Selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir, gelanggang itu akan menjadi pusat aktiviti bersepadu yang mencapai taraf maju di arena antarabangsa.

Pusat Renang Negara

"Kubus air" yang berwarna biru dan "sarang burung" yang berbentuk bulat telah memperlihatkan konsep tradisional China "Tian Yuan Di Fang", yakni langit itu bulat dan bumi itu rata.

Dimaklumkan, terdapat 69 buah projek Sukan Olimpik yang menggunakan tenaga baru, antaranya termasuk tenaga yang boleh dikitar semula seperti fotoelektrik, cahaya dan haba, haba bumi, haba air kumbahan, tenaga angin dan lain-lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |