v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Sidang Yang Amat Bererti dalam Sejarah Parti Komunis China
2007-10-11 18:51:47 CRI

Sidang 7 Ogos, Sidang Zunyi dan Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-11 merupakan beberapa sidang yang amat bererti dalam sejarah Parti Komunis China.

Sidang 7 Ogos

Pada tahun 1927, perang revolusi dalam negara pertama China telah gagal disebabkan oleh Parti Kuomintang yang melakukan khianat kepada revolusi dan menumpaskan dan menindas ahli Parti Komunis China. Pada 7 Ogos tahun itu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah mengadakan sidang tergempar yang dipanggil sebagai Sidang 7 Ogos. Sidang itu dengan tegasnya telah membetulkan dan menyelesaikan kesalahan penyelewengan kanan, dan menetapkan dasar yang menentang tindakan pembunuhan Parti Kuomintang melalui pelancaran Revolusi Tanah dan gerakan bersenjata sebagai panduan am parti pada peringkat baru. Sidang itu telah menunjukkan satu jalan baru kepada Parti Komunis China yang sedang mengalami kekacauan ideologi dan organisasi pada masa itu, dan telah memberi sumbangan besar terhadap usaha pengembangan parti dan revolusi.

Sidang Zunyi

Pada Oktober tahun 1934, disebabkan kesalahan penyelewengan kiri yang dilakukan oleh pemimpin parti, Wang Ming, Tentera Merah terpaksa melaksanakan perpindahan strategik. Dalam perjalanan Long March, Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah mengadakan sidang di bandar Zunyi, Provinsi Guizhou pada Januari tahun 1935. Sidang itu telah menyelesaikan kesalahan dogmatisme penyelewengan kiri dalam parti dan menetapkan kedudukan pimpinan Mao Zedong dalam Tentera Merah dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China. Sidang Zunyi merupakan satu titik peralihan yang amat penting dalam sejarah Parti Komunis China.

Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 Parti Komunis China

Pada tahun 1978, Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 Parti Komunis China telah diadakan di Beijing. Sidang itu telah menetapkan semula garis ideologi yang mengutamakan pembukaan minda dan pencarian kebenaran berdasarkan fakta sebenar, membuat keputusan strategik untuk mengalihkan titik berat kerja Parti Komunis China kepada pembangunan modenisasi sosialis dan melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu di seluruh negara, menetapkan semula garis berorganisasi parti dan memutuskan untuk menyempurnakan sistem pemusatan demokratik serta undang-undang dan peraturan parti, mengetatkan disiplin parti, meningkatkan pembinaan pucuk pimpinan parti, dan telah menyelesaikan sejumlah masalah serius.

Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 Parti Komunis China merupakan satu titik peralihan yang amat bererti dalam sejarah Parti Komunis China sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |