v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Shenyang, salah sebuah bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing
2007-10-11 15:14:05 CRI

Bandar Shenyang terletak di bahagian timur laut China. Antara enam buah bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing, bandar Shenyang merupakan salah sebuah bandar yang amat istimewa. Bandar itu dianggap sebagai gelanggang untuk melahirkan juara dunia.

Institut Teknik Acara Sukan Provinsi Liaoning terletak di bandar Shenyang iaitu ibu kota provinsi Liaoning. Di kedua belah jalan utama dalam kampus institut tersebut, dipasangkan lebih seratus buah papan kenyataan. Pada papan tersebut ditulis nama juara dunia yang tamat pengajian daripada institut itu. Berdasarkan statisitk, Insituti Teknik Acara Sukan Shenyang telah melahirkan 145 juara dunia dan 174 kali mencipta rekod dunia. Antara pemain tersebut termasuklah juara acara lari 5000 meter wanita Sukan Olimpik Wang Junxia, juara acara pingpong perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik 2000 Wang Nan, juara acara sumo wanita Sun Fuming dalam Sukan Olimpik Athens 1996 dan lain-lain.

Naib Ketua Setiausaha kerajaan Shenyang yang juga Ketua Jabatan Persiapan bagi Pertandingan Acara Bola Sepak Sukan Olimpik Beijing Encik Xu Dadi menyatakan bahawa: "Shenyang merupakan kawasan yang aneh dan unik. Semangat kepahlawanan telah diwarisi oleh orang Shenyang. Penduduk Shenyan amat memberi perhatian terhadap pertandingan acara bola sepak dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 yang akan diadakan di Shenyang kelak."

Beliau memberitahu wartawan bahawa Shenyang pernah menjadi ibu negara dinasti Qing iaitu dinasti terakhir dalam sejarah China. Dinasti Qing merupakan demasti yang dipegang kuasa oleh etnik Manchu. Etnik Manchu mengutamakan kung fu. Sehubungan dengan itu, ciri fizikal orang Shengyang adalah tegap. Bandar Shenyang menduduki tangga yang penting dalam sejarah sukan China. Pemain pertama China yang menyertai Sukan Olimpik ke-10 pada tahun 1932 berasal dari Shengyang.

Naib Ketua Biro Sukan Shenyang Encik Xu Xingjia memberitahu wartawan bahawa acara sukan Shenyang menduduki tangga teratas dalam pelbagai bandar di China. Ini berkait rapat dengan orang Shenyang yang berminat akan acara sukan dan beriadah. Beliau berkata: "Pertama, Orang Shenyang sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk meharumkan nama bandar dan negara. Kedua, sosioekonomi Shengyang berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini dan taraf hidup rakyat turut meningkat. Oleh itu, lebih ramai orang mempunyai kemampuan untuk beriadah. Dan ketiga, orang Shenyang amat berminat akan acara beriadah. Sektor kesukanan bekembang dengan makmur di Shenyang."

Bandar Shenyang memulakan aktiviti pengambilan sukarelawan Sukan Olimpik Beijing 2008 pada bulan Mac tahun 2007. Berdasarkan jadual, kawasan pertandingan Shenyang hanya memerlukan 900 orang sukarawalan. Akan tetapi seramai 30 ribu orang Shenyang telah mengemuakakan permohonan untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik. Antaranya termasuklah orang tua yang berumur 89 tahun dan kanak-kanak yang hanya berumur lima tahun. Kang Yifu, pelajar Sekolah Rendah 205 Shenyang merupakan salah seorang antara mereka. Disebabkan oleh umurnya yang rendah, dia tidak layak untuk menjadi sukaralawan Sukan Olimpik, akan tetapi dia tetap terpilih sebagai salah seorang 500 "Fuwa Olimpik" dan menyertai aktiviti lukisan lima bulatan Olimpik. Dia memberitahu kepada wartawan tentang slogan sambuatan Sukan Olimpik ciptaannya sendiri: "Sambutan Olimpik, setiap orang berusaha untuk menjadi sukarelawan. Olimpik yang hijau berpunca dairpada diri sendiri."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Shenyang telah mengadakan siri aktiviti sambutan Sukan Olimpik seperti "Jutaan Penduduk Shengyang Belajar 100 Ayat Bahasa Inggeris", pertandingan bahasa Inggeris sambutan Olimpik, pameran galeri foto "Bertuah Shenyang, Olimpik Hijau" dan lain-lain. Naib Ketua Jabatan Penerangan dan Penyelarasan Media Sukan Olimpik 2008 Shenyang, Encik Tong Yongxue memaklumkan bahawa: "Orang Shenyang telah memberi perhatian kepada persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Contohnya, kawasan pengingapan Rongguang mengadakan forum sambutan Sukan Olimpik yang disertai oleh lebih 30 ribu orang. Mereka mempelawa ibu kepada juara dunia Sukan Olimpik dan pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik untuk menyampaikan syarahan."

Bandar Shenyang merupakan salah sebuah bandar yang mempunyai kebudayaan sukan yang mendalam. Tempat yang paling dapat menunjukkan keunikan itu merupakan pelbagai lapangan kebudayaan dan kesukaan di Shenyang. Di Lapangan Kerajaan Shenyang yang terletak di pusat bandar itu terdapat ribuan orang mengadakan aktiviti menari sambil beriadah pada setiap malam. Semasa membuat liputan di lapangan itu, wartawan tertarik oleh ramai orang yang bersama-sama memainkan loncatan tali. Encik Cai Naiyi, jurulatih Kelab Loncatan Tali Shengyang menyatakan bahawa: "Kami datang ke sini untuk memainkan loncatan tali pada setip hari. Sekiranya acara beriadah berkembang baik, maka kehebatan sukan akan dapat ditingkatkan. Bukankah salah satu tujuan Sukan Olimpik ialah riadah di seluruh negara. Saya berpendapat bahawa kami akan terus melaksanakan aktiviti loncatan tali, ini juga merupakan sumbang bagi Sukan Olimpik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |