Sosialisme Yang Bercirikan China
Sosialisme yang bercirikan China merupakan hasil penggabungan prinsip asas sosialisme saintifik dengan keadaan pembangunan sosialisme China.
Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, Parti Komunis China telah menggabungkan prinsip asas Marxisme dengan keadaan China dan ciri-ciri semasa untuk membuat analisis dan kesimpulan secara menyeluruh dan saintifik terhadap pengalaman dan pengajaran China dalam proses pembangunan sosialisme, kejayaan dan kegagalan negara sosialisme yang lain, kelebihan dan kekurangan negara membangun dalam mengejar pembanguan serta arah aliran dan percanggahan pembangunan negara maju, dan telah berjaya meneroka satu jalan pembangunan sosialisme yang bercirikan China.
Dari aspek ekonomi, China mempertahankan sistem ekonomi yang mengutamakan sistem hak milik awam dan ekonomi kepelbagaian hak milik bersama-sama berkembang. Dari aspek politik, China melaksanakan sistem Kongres Rakyat, sistem kerjasama pelbagai parti dan permesyuaratan politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China serta sistem autonomi etnik. Dalam aspek kebudayaan pula, China menggunakan sistem nilai teras sosialisme untuk membimbing arus pemikiran sosial, meluaskan pengiktirafan sosial di samping menghormati perbezaan pendapat, meningkatkan persefahaman di samping menerima kepelbagaian budaya.
Pembangunan Kebudayaan Maju
Parti Komunis China telah mengemukakan teori penting "Tiga Perwakilan" yakni parti itu mewakili permintaan pembangunan tenaga produktif maju China, mewakili arah aliran perkembangan kebudayaan maju China dan mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China. Salah satu permintaan teori penting "Tiga Perwakilan" ialah Parti Komunis China mewakili arah aliran perkembangan kebudayaan maju China. Kini, China sedang membangunkan masyarakat yang kaya secara menyeluruh. Di samping itu, China juga perlu berusaha untuk membangunkan kebudayaan sosialis dan memangkin pembangunan kerohanian sosialis.
Dalam laporan Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China dinyatakan bahawa pada zaman kontemporari ini, permintaan pembangunan kebudayaan maju adalah untuk membangunkan kebudayaan sosialis kebangsaan, saintifik dan popular yang bersesuaian dengan keperluan modenisasi, dunia dan masa depan.
Kebudayaan maju China pada zaman kontemporari harus menjadi kebudayaan yang boleh menyediakan pemangkin kerohanian kepada pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu serta pembangunan modenisasi, harus menjadi kebudayaan yang positif dan sihat dan boleh menyemarakkan semangat kebangsaan dan menggembleng kekuatan rakyat pelbagai etnik, harus menjadi kebudayaan yang mewarisi dan mengembangkan segala tradisi kebudayaan yang unggul bangsa China, dan juga harus menjadi kebudayaan yang menerima segala hasil kebudayaan yang unggul dari luar negara.
|