v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing Akan Tawarkan Perkhidmatan Terbaik Kepada Media Seluruh Dunia
2007-10-15 17:42:10 CRI

Menurut laporan laman web Agensi Berita Xinhua China, dalam beberapa acara sukan "Bernasib Baik, Beijing" yang telah diadakan di Beijing baru-baru ini, pihak penganjur telah menunjukkan kemampuan mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada wartawan dari pelbagai tempat di dunia sempena Sukan Olimpik Beijing.

Naib Ketua Bahagian Media Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Xu Jicheng menyatakan bahawa mutu perkhidmatan media berkait langsung dengan kejayaan sesebuah Sukan Olimpik. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Juan Antonio Samaranch juga pernah menyatakan bahawa media merupakan pengadil yang mengadil sama ada sesebuah Sukan Olimpik berjaya atau tidak.

Dalam beberapa acara sukan "Bernasib Baik, Beijing" seperti bola tampar pantai, tenis dan mendayung yang telah diadakan pada tahun ini, pihak penganjur telah menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada pihak media berdasarkan piawaian Sukan Olimpik, dan telah memperoleh pengalaman yang amat berharga. Kini, mereka sedang meneliti dan meminda terhadap pelan operasi urusan media agar dapat menyempurnakan setiap perincian perkhidmatan tersebut.

Persidangan Media Dunia Ke-2 Sukan Olimpik Beijing 2008 telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Ini juga merupakan persidangan media dunia terakhir sebelum pembukaan Sukan Olimpik Beijing. Kira-kira 330 orang wakil daripada 130 buah agensi media, termasuk AP, Reuters, AFP dan CNN telah menyertai persidangan itu. Untuk membolehkan media asing mengetahui lebih banyak maklumat tentang isu-isu yang diperhatikan mereka seperti permohonan visa, penginapan dan pengangkutan kelengkapan, pegawai pelbagai bahagian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah memberi penjelasan terperinci tentang soalan tersebut. Para wartawan asing telah menyatakan bahawa maklumat itu amat berguna bagi mereka.

Dimaklumkan, pembinaan projek-projek seperti pusat media utama, perkampungan wartawan dan lain-lain sedang berjalan dengan lancar, dan dijangka akan mula beroperasi pada April atau Mei tahun depan.

Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Jingmin menyatakan bahawa pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan terus mendorong pelbagai kerja persiapan Sukan Olimpik agar dapat menyediakan perkhidmatan yang bermutu kepada media pelbagai negara untuk membuat liputan tentang Sukan Olimpik.

Dijangka, seramai 21600 orang wartawan dari lebih 200 buah negara dan kawasan akan datang ke Beijing untuk membuat liputan tentang Sukan Olimpik 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |