Datuk Du yang berusia 98 tahun tinggal di Bandar Qingdao Provinsi Shandong di bahagian timur China. Keluarganya terdiri daripada tiga generasi. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, menantu perempuan dan seorang cucu perempuan. Kehidupan keluarganya sederhana dan tenang. Datuk Du merupakan seorang buruh dari sebuah kilang bahan api yang sudah bersara. Datuk Du telah memperkenalkan keadaan perubahan pendapatan keluarganya kepada wartawan. Beliau berkata: "Kehidupan keluarga saya tidak terjamin pada masa sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949. Setelah China baru ditubuhkan, kehidupan keluarga saya telah terjamin. Gaji saya tidak begitu tinggi, hanya lebih 70 Yuan RMB sebulan semasa saya bersara pada tahun 1975."
Pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an, tahap pembangunan masyarakat China masih rendah. Kerajaan mengamalkan dasar ekonomi perancangan. Barangan penggunaan utama seperti kain, daging, telur dan makanan dibekalkan berdasarkan jumlah yang ditetapkan setiap tahun. Gaji purata seluruh negara bagi seorang buruh hanya 38 Yuan RMB pada masa itu. Gaji merupakan satu-satunya pendapatan bagi seseorang dan ini hanya mencukupi keperluan asas makan dan pakai.
Pada tahun 1978 iaitu dua tahun selepas Datuk Du bersara, dasar pembaharuan dan buka pintu telah dilaksanakan di seluruh negara China. Semenjak itulah, perubahan besar telah berlaku dalam masyarakat China. Gaji kaum buruh dan kakitangan telah banyak ditingkatkan. Datuk Du berkata: "Jumlah pencen saya telah beberapa kali dinaiki setelah saya bersara. Pada tahun yang lalu, jumlah pencen saya telah dinaiki sampai lebih 1700 Yuan RMB sebulan. Pada tahun 1999, saya telah berpindah ke rumah warga emas, kehidupan di sana sangat baik. Belanja makan sebanyak 380 Yuan RMB sebulan. Rumah warga emas itu telah menyediakan perkhidmatan yang baik dan sempurna kepada kami orang tua."
Kerajaan China telah melaksanakan empat kali perubahan penting terhadap sistem gaji semenjak Republik Rakyat China ditubuhkan. Kini, jumlah pencen Datuk Du sebanyak 1750 Yuan RMB sebulan, jumlah ini merupakan lebih 20 kali ganda daripada jumlah gaji beliau semasa bersara.
Datuk Du berpuas hati terhadap kehidupan yang senang dan selesa pada masa ini. Beliau cuma mengkhuatiri cucunya Xiao Xin yang bekerja di Bandar Shanghai.
Shanghai merupakan metropolis yang sibuk. Xiao Xin, cucu kepada Datuk Du telah bekerja dalam sebuah syarikat perniagaan antarabangsa selepas tamat daripada universiti pada tahun 2003. Pada masa Xiao Xin baru bekerja di Shanghai, gajinya sebanyak lebih 3000 Yuan EMB sebulan dan hanya boleh menyewa rumah. Tapi pada tahun ini, Xiao Xin telah membeli rumah yang seluas lebih 60 meter persegi dan memiliki tempat tinggal sendiri di kawasan keramaian metropolis antarabangsa ini. Xiao Xin ingin membeli rumah di Shanghai bermula pada tahun 2006 kerana jumlah caruman perumahan dalam gajinya yang ditingkatkan secara berterusan telah memberi keyakinan kepadanya. Beliau berkata: "Caruman perumahan saya telah ditingkatkan secara berterusan dalam dua tahun kebelakangan ini. Ini merupakan sebahagian daripada gaji saya. Kini caruman perumahan saya berjumlah lebih 1000 Yuan RMB sebulan dan ini telah memberi bantuan besar kepada saya bagi membayar pinjaman kewangan pembelian rumah."
Caruman perumahan merupakan sistem jaminan perumahan yang diamalkan oleh kerajaan China. Caruman perumahan terdiri daripada dua bahagian. Setiap bulan, caruman perumahan wajib seseorang pekerja dan kakitangan akan dipotong daripada gajinya dan disimpan dalam akaun tetap. Selain itu, curaman perumahan yang sama jumlahnya dengan yang dipotong daripada gaji seseorang turut dikeluarkan oleh unit dan syarikatnya dan juga disimpai dalam akaun tetap itu. Curaman perumahan itu boleh digunakan oleh buruh dan kakitangan itu untuk membeli, membaik pulih, menghiasi dan menyewa rumah. Jumlah curaman perumahan seseorang turut ditingkatkan semasa gajinya ditingkatkan berdasarkan nisbah yang sama. Kini, Xiao Xin justeru membayar pinjaman kewangan pembelian rumah kepada bank dengan menggunakan curaman perumahannya setiap tahun.
Kini, Xiao Xin tidak berpuas hati terhadap jumlah pendapatannya. Demi meningkatkan jumlah pendapatan dengan lebih cepat, dia telah membuat pelaburan dalam bidang tabung. Xiao Xin berkata: "Kini ekonomi China bertumbuh dengan pesat, saluran pelaburan juga menjadi banyak. Ramai orang berminat untuk membeli saham, tabung dan lain-lain. Pada penghujung tahun 2006, saya telah membuat pelaburan dalam bidang tabung. Hingga sekarang, faedah yang saya capai cukup memuaskan."
Anak lelaki Datuk Du merupakan seorang pegawai peringkat sederhana dari sebuah syarikat usaha sama China dan luar negara. Menyentuh isu pendapatan, anak lelaki Datuk Du telah melahirkan rasa puas hati. Beliau berkata: "Saya mengambil pekerjaan di syarikat ini pada tahun 1990. Pada masa itu, gaji saya lebih 400 Yuan RMB. Seiring dengan palaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu oleh negara dan peningkatan pendapatan syarikat, gaji saya sekarang telah meningkat 10 kali ganda daripada tahun 1991."
Berdasarkan perangkaan, jumlah keseluruhan gaji pekerja dan kakitangan China mencatat 2300 bilion Yuan RMB pada tahun 2006, jumlah ini meningkat 13.5% daripada tahun 2005. Peningkatan pendapatan telah mendatangkan perubahan dalam susunan penggunaan. Berbanding dengan keadaan gaji terutamanya digunakan untuk menyelesaikan masalah makan dan pakai pada masa yang lampau, kini pakaian fesyen, alat elektronik kegunaan rumah, rumah kediaman, pendidikan, pelancongan, riadah, rekreasi dan lain-lain telah membentuk kepelbagaian susunan penggunaan yang baru. Anak lelaki Datuk Du berkata: "Dulu kami hanya mementingkan masalah jaminan asas seperti makan dan pakai. Sekarang kehidupan kami menjadi lebih baik. Pada tahun 1980, saya hanya mampu membeli peti televisyen hitam putih bersaiz 9 inci. Kemudian, peti televisyen telah ditukar menjadi peti televisyen warna sebesar 17 inci dan seterusnya telah ditukar menjadi yang bersaiz 29 inci. Saya bercadang akan menukarkannya dengan sebuah peti televisyen plasma berukuran besar. Selain itu, saya juga telah menggunakan sebahagian daripada pendapatan saya untuk beriadah, pelancongan dan lain-lain."
Di Shanghai, Xiao Xin berancang untuk menyimpan wang yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di Qingdao, Bapa Xiao Xin bercadang menukarkan peti televisyen dengan peti televisyen plasma berukuran besar. Manakala Datuk Du sedang menghayati kehidupan bersara yang bahagia.
|