v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhou Ji: Perkembangan Pendidikan China Memasuki Era Baru Sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China
2007-10-17 17:49:42 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman sesawang Agensi Berita China, Menteri Pendidikan China, Encik Zhou Ji telah menerbitkan rencana yang bertajuk "Memberikan Keutamaan kepada Pembangunan Pendidikan dan Berusaha Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan yang Memuaskan" dalam laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan China semalam. Rencana itu telah mengimbas kembali kejayaan usaha pembaharuan sistem pendidikan China sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China. Rencana itu berbunyi, dalam tempoh 5 tahun yang lalu, usaha pembaharuan sistem pendidikan China telah mencapai hasil yang amat menggalakkan dan telah memasuki era perkembangan yang baru.

Pertama, melaksanakan strategi mengutamakan pembangunan pendidikan dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan modenisasi sosialisme China.

Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China telah menggariskan panduan kerja untuk mendorong pembaharuan pendidikan pada zaman baru ini. Pertama, berpegang teguh pada cara pembangunan yang mengutamakan manusia. Kedua, memberi tumpuan kepada projek utama dalam pembangunan pendidikan yakni membangunkan modal insan yang berkualiti, mempopularkan pendidikan wajib selama 9 tahun, berusaha untuk mengembangkan pendidikan vokasional dan meningkatkan mutu pendidikan tinggi. Dan ketiga, berusaha untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan antara pelbagai jenis pendidikan, bandar dengan desa serta pelbagai kawasan agar mendorong perkembangan pendidikan secara saintifik dan seimbang.

Kedua, mengutamakan pembangunan pendidikan di desa, memastikan pendidikan wajib dipopularkan secara menyeluruh.

Pembangunan pendidikan wajib di desa amat bermakna bagi peningkatan mutu modal insan negara ini. Untuk menjayakan usaha tersebut, kerajaan China telah mengambil siri tindakan, antaranya termasuk membatalkan yuran persekolahan pendidikan wajib, menjadikan pelaburan pendidikan wajib di kawasan desa dalam sistem jaminan kewangan negara, memperkenalkan Undang-Undang Pendidikan Wajib yang baru dipinda dan lain-lain.

Melalui tindakan pembaharuan tersebut, beberapa masalah lama yang menyekat perkembangan pendidikan wajib di desa selama ini telah diselesaikan. Dengan itu, pendidikan wajib di desa China telah memasuki tempoh perkembangan yang amat pesat.

Ketiga, dengan memegang prinsip berkhidmat dan berorientasikan pekerjaan, perkembangan pendidikan vokasional semakin pesat melalui pembaharuan.

Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, skop pendidikan vokasional China terus diperluas dan mutunya turut meningkat. Satu sistem pendidikan vokasional moden yang bersesuaian dengan pembangunan modenisasi sosialisme telah diwujudkan pada peringkat awal.

Keempat, menumpukan perhatian dalam peningkatan mutu pendidikan, pendidikan tinggi memainkan peranan semakin penting untuk berkhidmat kepada pembangunan modenisasi negara.

Kelima, meningkatkan pendidikan moral, pembangunan modal insan yang bermoral tinggi memasuki fasa yang baru.

Keenam, memupuk suasana masyarakat yang menghormati golongan pendidik dan mementingkan usaha pendidikan, taraf keseluruhan tenaga pengajar Negara ini, terutamanya tenaga pengajar di desa terus meningkat.

Ketujuh, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Kelapan, mewujudkan kesamarataan pendidikan, sistem bantuan kepada pelajar miskin terus dimantapkan.

Kesembilan, melaksanakan pendidikan yang bermutu tinggi dan menstandardkan pengurusan, taraf pengurusan dan perkhidmatan pendidikan terus meningkat.

Kesepuluh, terus melaksanakan pembaharuan dan meluaskan tahap keterbukaan, menjadikan sistem pendidikan sosialisme yang bercirikan China penuh dinamik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |