v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dasar dan Tindakan yang Diperkenalkan dalam Sidang-sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC Sejak Kongres Kebangsaan Ke-16
2007-10-18 18:27:01 CRI

Sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada tahun 2002, antara dasar dan tindakan utama yang diperkenalkan dalam Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC mengandungi melaksanakan konsep pembangunan secara saintifik, memperkukuh kemampuan pemerintahan parti, membangunkan masyarakat harmoni sosialis dan lain-lain.

Dokumen-dokumen yang dibahaskan dan diluluskan dalam Sidang Pleno Ke-2 Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China menekankan bahawa usaha harus dilakukan untuk mengubah fungsi kerajaan, memperbaiki kaedah pengurusan dan etika kerja, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan berusaha untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang berpiawaian tinggi, terselaras, adil, telus, bersih dan cekap.

Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-16 PKC telah memperkenalkan konsep pembangunan yang menyeluruh, seimbang, berterusan dan mengutamakan rakyat yang bertujuan untuk mendorong pembangunan ekonomi, sosial dan manusia yang seimbang dan menyeluruh. Ini merupakan kali pertama bagi Parti Komunis China untuk memperkenalkan secara rasmi konsep pembangunan secara saintifik dalam bentuk dokumen.

Sidang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-16 PKC telah menetapkan untuk menumpukan usaha pembangunan Parti Komunis China kepada pengukuhan kemampuan pemerintahan, menekankan kepentingan dan keperluan untuk meningkatkan kemampuan pemerintahan parti dan menuntut anggotanya "melaksanakan pentadbiran secara saintifik, demokratik dan berdasarkan kepada undang-undang".

Sidang Pleno Ke-5 Jawatankuasa Pusat Ke-16 PKC telah menetapkan pelan pembangunan sosioekonomi China dalam lima tahun kedua bagi abad yang baru ini. Dalam sidang itu ditegaskan bahawa dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-11, usaha harus dijalankan untuk memastikan perkembangan ekonomi secara stabil dan pesat, mempercepat pengubahan cara pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya inovasi, mendorong pembangunan yang seimbang antara bandar dengan desa, mengintensifkan pembangunan masyarakat harmoni dan meningkatkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu.

Sidang Pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat Ke-16 PKCpula telah memutuskan untuk lebih mengutamakan pembangunan masyarakat harmoni sosialis pada masa akan datang. Pada tahun 2020, pembangunan masyarakat harmoni akan mencapai matlamat berikut: sistem demokrasi dan undang-undang lebih sempurna untuk memastikan hak dan kepentingan asas rakyat terjamin, jurang perbezaan pembangunan antara bandar dengan desa serta antara pelbagai kawasan dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sistem pembahagian pendapatan yang rasional dan teratur serta sistem jaminan sosial yang memanfaatkan penduduk bandar dan desa diwujudkan, sistem perkhidmatan awam asas lebih lengkap dan taraf pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan terus meningkat, taraf, moral, etika, ilmu pengetahuan dan kesihatan rakyat meningkat dengan ketara, negara yang berorientasikan inovasi dibentuk pada asasnya, sistem pengurusan sosial lebih mantap, orde sosial lebih teratur serta alam sekitar dan ekologi terpelihara dan menjadi lebih baik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |