v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Kong Aktif Buat Persiapan Pertandingan Ekuestrian Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-10-18 12:20:08 CRI

Hong Kong merupakan salah sebuah bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing 2008. Acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Hong Kong kelak.

Dalam Sukan Olimpik Melbourne yang diadakan pada penghujung tahun 1950-an yang lalu, acara ekuestrian diadakan di Swizeland akibat masalah kuarantin. Kerana sebab yang sama, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memutuskan di Singapura pada Julai tahun 2005 bahawa acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 diadakan di Hong Kong China.

Hong Kong merupakan salah sebuah bandar yang bersejarah lama mengadakan lumba kuda dan mempunyai banyak pengalaman untuk mengadakan perlumbaan acara ekuestrian. Akan tetapi, membuat persiapan rapi bagi mengadakan perlumbaan acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik dalam tempoh lebih tiga tahun merupakan salah satu cabaran yang besar bagi Hong Kong. Selepas Jawatankusa Olimpik Antarabangsa memutuskan perlumbaan acara ekuestrian Sukan Olimpik Beijing diadakan di Hong Kong, Kelab Joki Hong Kong telah memikul tanggungjawab untuk mendorong pembinaan gelanggang ekuestrian. Pada dua tahun kebelakangan ini, Kelab Joki Hong Kong tersebut telah memperuntukkan lebih 800 juta dolar Hong Kong untuk mengubahsuaikan Gelanggang Riverside Hong Kong bagi memenuhi keperluaan penganjuran perlumbaan acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2008. Mereka juga turut telah membina satu lagi gelanggang ekuestrian. Kini, pembinaan kedua-dua gelanggang itu telah diselesaikan. Pertandingan ujian acara ekuestrian bagi Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di gelanggang itu pada pertengahan Ogos lalu. Kemudahan di gelanggan itu telah mendapat sanjungan tinggi para atlet dan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Jacques Rogge.

Ketua Pengarah Jabatan Urusan Pembangunan Kelab Joki Hong Kong Encik Kim K. W. Mak memberitahu wartawan bahawa: "Gelanggang ini diubahsuaikan menurut jadual. Kami telah memasang alat penyaman udara di lebih 200 kandang kuda, kemudahan di dalam klinik bagi kuda sedang dipasangkan. Selain itu, lebih 10 buah gelanggang latihan telah selesai dibina."

Difahamkan, Gelanggang Riverside Hong Kong merupakan gelanggang yang berskop paling besar. Gelanggang itu dapat menampung 18 ribu orang dan terdapat 13 buah tempat latihan acara dressage dan jumping, 270 buah kandang kuda yang dipasang alat penyaman udara serta klinik dan pusat pengujian untuk kuda yang paling canggih di dunia.

Kini, gelanggang acara ekuestrian tersebut telah diserahkan kepada Syarikat Ekuestrian Sukan Olimpik Hong Kong yang bertanggungjawab atas pertandingan acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketua Eksekutif syarikat itu Encik Lam Woon Kwong berpendapat bahawa pertandingan acara ekuestrian merupakan salah satu acara yang paling rumit daripada 28 acara dalam Sukan Olimpik.

Encik Lam Woon Kwong menyatakan bahawa pertandingan acara ekuestrian bukan sahaja melibatkan atlet, tetapi juga melibatkan kuda. Sejak syarikat yang terdiri daripada lebih 80 orang itu ditubuhkan, mereka bekerja melebihi 12 jam setiap hari dan selalu bekerja 6 hari dalam seminggu dan petugas utama harus sentiasa beterbang antara Beijing dengan Hong Kong. Mereka harus menyelaraskan perkara antara Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Persatuan Ekuestrian Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, kerajaan Hong Kong, Jawatankausa Olimpik Hong Kong China dan pelbagai pihak yang berkenaan.

Ada orang bimbang akan pertandingan acara ekuestrian akan kekurangan suasana Olimpik dan tidak diberi perhatian kerana Hong Kong agak jauh dari Beijing, tetapi Encik Lam Woon Kwong berpendapat bahawa: "Kami telah mendapat banyak persoalan tentang cara untuk membeli tiket dan jumlah tiket itu. Saya berpendapat bahawa orang ramai baik di Hong Kong, Beijing atau beberapa bandar di Tanah Besar China seperti Shanghai, Guangzhou dan kawasan Delta Sungai Mutiara telah memberi perhatian yang tinggi kepada pertandingan acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan di Hong Kong. Selain itu, acara ekuestrian amat popular di Eropah, A.S. dan Australia. Oleh itu, kami berjangka bahawa tentu ada ramai kawan-kawan asing datang ke Hong Kong. Mereka dapat menonton pertandingan acara ekuestrian di Hong Kong dan seterusnya ke Beijing untuk menonton pertandingan yang lain, ini adalah senang untuk diatur."

Kini, pertandingan ujian acara ekuestrian untuk Sukan Olimpik Beijing yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini telah mencapai kejayaan. Kemudahan di gelanggang pertandingan dan perkhidmatan pihak penganjur amat memuaskan hati. Perkara yang lebih penting ialah penduduk Hong Kong amat berghairah semasa menikmati pertandingan. Sudah tentu, Hong Kong telah membuat persiapan untuk mengadakan pertandingan acara ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dan penduduk Hong Kong bergembira untuk mempelawa kawan-kawan di seluruh dunia datang ke Hong Kong pada musim panas tahun depan untuk merasai semangat dan suasana Olimpik dan budaya tradisi China. Encik Zeng Chongji merupakan salah seorang peminat acara ekuestrian, beliau mewakili rakan sejawatannya mengeluarkan undangan kepada kawan-kawan di seluruh dunia. "Apa khabar, saya seorang sukarelawan Syarikat Ekuestrian Sukan Olimpik Hong Kong. Saya mempelawa saudara datang ke Hong Kong untuk menikmati pertandingan acara ekuestrian, merasai keghairahan penduduk Hong Kong, mengembangkan kebudayaan tradisional China dan mewujudkan konsep 'satu dunia, satu impian', terima kasih!"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |