v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Strategi Pembangunan Bahagian Barat China
2007-10-19 17:06:31 CRI

Untuk mendorong pembangunan kawasan barat China, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah mengemukakan strategi pembangunan bahagian barat pada tahun 1999. Ini merupakan satu strategi pembangunan yang skopnya paling besar dan tahap kesukarannya paling tinggi dalam sejarah manusia.

Usaha pembangunan bahagian barat China yang mempunyai penduduk hampir 400 juta orang melibatkan 12 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar yang langsung di bawah pimpinan pusat, antaranya termasuk Chongqing, Sichuan, Guizhou, Yunnan, Tibet, Xinjiang, Mongolia Dalam, Guangxi dan lain-lain. Keluasannya mencapai 6.85 juta kilometer persegi, menduduki 71.4% daripada jumlah keseluruhan keluasan wilayah China. Kawasan itu kaya dengan sumber alam, tetapi pembangunannya masih ketinggalan disebabkan oleh faktor geografi dan sejarah.

Matlamat strategik keseluruhan pembangunan bahagian barat China adalah untuk mengubah wajah kawasan barat yang relatif mundur, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai kawasan, dan berusaha bagi mewujudkan masyarakat yang ekonominya makmur, sosialnya maju, rakyatnya bersatu padu dan menikmati kehidupan yang kaya dan sejahtera pada pertengahan abad ke-21 ketika matlamat modenisasi direalisasikan di China pada asasnya.

Sejak pelaksanaan strategi tersebut, kerajaan China telah meningkatkan sokongannya terhadap usaha pembangunan kawasan barat dari segi perancangan, dasar, peruntukan dana, pembinaan projek, bekalan tenaga profesional dan lain-lain. Kini, taraf ekonomi di kawasan tersebut terus meningkat, dan perlindungan alam sekitar dan ekologi serta pembinaan infrastruktur di kawasan itu juga semakin ditingkatkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |